quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Setiap kemenangan bawa kami kian hampir juara

SUCCESS: Pep Guardiola shows his support to the City faithful after a second win in five days against Arsenal

SUCCESS: Pep Guardiola shows his support to the City faithful after a second win in five days against Arsenal

Pep Guardiola mengatakan yang kekuatan mental pasukannya mengarah kepada menjuarai Liga Perdana Inggeris -meskipun kerja keras masih perlu dipikul.

Manchester City meraih kemenangan 3-0 berturut-turut dalam masa empat hari ke atas Arsenal dengan permainan menyerang di Stadium Emirates dan Pep tidak dapat menyelindungi kegembiraannya.

“Secara mental kami kuat, kami klinikal. Kami telah jaringkan tiga gol hebat. Selepas itu ia tidak mudah, 15 minit pertama separuh masa kedua kami bermain kurang bagus. Namun, ia satu keputusan hebat buat kami dan kami berjaya melangkah satu langkah ke hadapan.

DREAM TEAM: Leroy Sané celebrates scoring City's third of the night.

“Ia amat sukar untuk memenangi dua perlawanan berturut-turut menentang satu pasukan seperti Arsenal, dan kami berjaya lakukannya dalam kondisi yang mencabar.

“Ia amat penting untuk menang sekali lagi. Kami mahu menjadi juara dan setiap perlawanan yang kami menang, kami semakin menghampirinya.

Image result for arsenal 0-3 man city 1 march ederson

“Kesemua gol dihasilkan cantik malam ini dan Ederson juga mantap dengan menyelamatkan sepakan penalti kerana permainan belum dimenangi ketika itu.

“Arsenal boleh mencipta peluang-peluang dalam masa 10-15 minit dan kami memulakan separuh masa kedua kurang memuaskan, namun ia sukar untuk kekal fokus selepas merangkul piala empat hari lalu.

“Kami telah mencipta cukup peluang untuk menghasilkan gol. Saya rasa ia tiga percubaan untuk tiga gol. Mereka tiba di garisan penalti satu hingga dua kali, jadi Arsenal memperolehi peluang-peluang, tapi kami lakukan tugasan kami.

“Ia penting kerana kami akan hadapi perlawanan-perlawanan sukar, Chelsea, Everton, Man United dan Tottenham. Ia penting untuk kekalkan jarak 16 mata di hadapan dan perbaiki jumlah perbezaan gol.

JOB DONE: A professional performance from the Blues tonight.

“Kami telah terkeluar dari Piala FA dan menjuarai Piala Liga. Kini, hanya dua kejuaraan dan anda bertarung untuk salah satu darinya selama 10 bulan. Kini ia merupakan langkah-langkah akhir untuk bergelar juara, jadi anda harus terus berjuang hingga ke akhirnya.

“Kami perlu menang lima perlawanan lagi. Kami tidak terlalu memirkannya. Kini kami akan bermain melawan Chelsea. Diharap kami berkeinginan untuk menang, untuk menjadi pasukan terbaik di England. Kami lupa yang kami sebenarnya kepenatan.”

Previu Perlawanan

Sasaran kemenangan hatrik ke atas Gunners

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Liga Perdana Inggeris keutamaan kami

Galeri Foto

City menjuarai Piala Liga dengan bergaya