quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Diari Piala Dunia: 27 Jun

RUSSIA 2018: Argentina are through to the last-16 after a dramatic victory over Nigeria

RUSSIA 2018: Argentina are through to the last-16 after a dramatic victory over Nigeria

Nicolas Otamendi telah bermain selama 90 minit penuh yang mana Argentina telah layak ke pusingan 16 Piala Dunia dalam suasana yang dramatik.

Pasukan Jorge Sampaoli menewaskan Nigeria 2-1 di St. Petersburg, syukur kepada perlawanan terakhir habis-habisan Marcus Rojo, keputusan yang bermakna Argentina telah menaiki tangga kedua dalam Kumpulan D.

Lionel Messi menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-14, tetapi sepakan penalti Victor Moses selepas separuh masa kedua menyamakan kedudukan Nigeria.

Mata seri nyaris menyinkirkan Argentina di peringkat kumpulan buat kali pertama sejak tahun 2002, tetapi kemenangan Rojo bermakna mereka telah mendapat satu mata lebih daripada Nigeria dan melayakkan mereka ke peringkat kalah mati.

Messi kini pemain Argentina ketiga yang telah menjaringkan gol di tiga perlawanan Piala Dunia yang berbeza, di samping Diego Maradona dan Gabriel Batistuta.

Sergio Aguero merupakan pemain simpanan untuk separuh masa kedua perlawanan tersebut.

Croatia kini berada di tangga teratas Kumpulan D selepas menewaskan Iceland 2-1. Pasukan Zlatko Dalic itu mendapat mata maksimum daripada tiga perlawanan kumpulan mereka dan nampaknya akan menjadi pasukan yang digeruni untuk pusingan 16.

Di Kumpulan C, Perancis dan Denmark masing-masing mendapat mata seri 0-0 yang pertama dalam perlawanan, keputusan yang melayakkan kedua-dua pasukan ke pusingan 16. Benjamin Mendy telah bermain untuk Piala Dunia buat pertama kalinya sebagai pemain pengganti separuh masa kedua di Luzhniki.

Perancis berada di tangga teratas dalam kumpulan dan layak memasuki pusingan 16 berlawan Argentina di Kazan pada hari Sabtu ini, manakala Denmark di tangga kedua akan berlawan Croatia.

Peru memenangi perlawanan Piala Dunia mereka yang pertama dalam masa 40 tahun selepas menewaskan Australia 2-0, kini menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan C.

Perhatian kini bertumpu pada separuh kumpulan terakhir, dengan empat perlawanan akan berlangsung pada hari Rabu depan.

Brazil berlawan Serbia dalam perlawanan utama mereka. Gabriel Jesus, Fernandinho dan Ederson akan bermain, tetapi Danilo masih tidak dibenarkan bermain disebabkan kecederaan pada pehanya. Kedua-dua Brazil dan Serbia berkemungkinan menaiki tangga Kumpulan E, mendapat tempat kedua atau disingkirkan dari perlawanan.

Switzerland yang sama-sama memegang empat mata dengan Brazil menghadapi scenario yang serupa untuk memenangi perlawanan akhir, berlawan Costa Rica, yang telah pun terkeluar.

Di Kumpulan F, Ilkay Gundogan akan memulakan perlawanan untuk Germany dalam perlawanan mereka menentang Korea selatan.

Pasukan Joachim Low mesti mendapat dua atau lebih mata atau mendapat keputusan yang lebih baik daripada Sweden untuk menjamin kelayakan serta mengekalkan tempat mereka sebagai pasukan yang pertama yang berjaya mengekalkan Piala Dunia sejak Brazil pada tahun 1962.

Mexico berlawan Sweden dalam perlawanan lain kumpulan F. Mexico hanya memerlukan satu mata untuk mendapat tempat pertama – walaupun kekalahan juga masih melayakkan mereka ke pusingan 16, jika Germany tewas di tangan Korea Selatan. Sweden jamin layak jika mereka menang atau mendapat keputusan yang lebih baik daripada Germany. Jika mereka menewaskan Mexico dan Germany gagal untuk menang, Sweden akan mendapat tempat teratas dalam kumpulan.

Mengelirukan? Segala-galanya akan lebih jelas petang ini. Nampaknya hari ini satu hari yang rancak untuk perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Keputusan hari Khamis:

Kumpulan C

Australia 0-2 Peru

Denmark 0-0 Perancis

Kumpulan D

Iceland 1-2 Croatia

Nigeria 1-2 Argentina

Jadual perlawanan hari Rabu:

Kumpulan E

Serbia v Brazil (7ptg)

Switzerland v Costa Rica (7ptg)

Kumpulan F

Mexico v Sweden (3ptg)

Korea Selatan v Germany (3ptg)

 

Apa Kata Media

Ringkasan Media: 26 Jun

STERLING WORK: Raheem Sterling has been tipped for greatness by a former teammate...

Sembang Piala Dunia, penghormatan daripada bekas pemain City dan desas-desus pemindahan…

Ringkasan harian berita, pandangan, gosip dan pendapat City…

Berita Pasukan Utama

Diari Piala Dunia: 25 Jun

CRUNCH TIME: Bernardo Silva and David Silva are both set to be in World Cup action later today

Piala Dunia 2018 telah sampai ke titik pertengahan, persiapan perlawanan akan bermula lewat hari ini apabila keputusan peringkat kumpulan mula diketahui.

Perlawanan sengit di Rusia 2018 apabila Sepanyol dan Portugal berlawan hari ini untuk menjamin tempat mereka di pusingan 16

Berita Pasukan Utama

Diari Piala Dunia: 25 Jun

CRUNCH TIME: Bernardo Silva and David Silva are both set to be in World Cup action later today

Piala Dunia 2018 telah sampai ke titik pertengahan, persiapan perlawanan akan bermula lewat hari ini apabila keputusan peringkat kumpulan mula diketahui.

Perlawanan sengit di Rusia 2018 apabila Sepanyol dan Portugal berlawan hari ini untuk menjamin tempat mereka di pusingan 16