quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Diari Piala Dunia: 22 Jun

RUSSIA 2018: The latest diary entry from the World Cup

RUSSIA 2018: The latest diary entry from the World Cup

Sergio Aguero dan Nicolas Otamendi kecewa apabila Argentina tewas dengan Croatia 3-0 dalam perlawanan Piala Dunia semalam.

Ante Rebic, Luka Modric dan Ivan Rakitic telah menjaringkan gol yang membawa Croatia ke pusingan 16.

Otamendi bermain selama 90 minit penuh, tetapi Aguero telah digantikan dengan Gonzalo Higuain selepas minit ke-54.

Keputusan perlawanan membawa Argentina kurang satu mata daripada keputusan dua perlawanan pembukaan mereka, bermakna walaupun jika mereka beroleh kemenangan dalam perlawanan akhir menentang Nigeria pada hari Selasa nanti, mungkin tidak memadai untuk mereka ke pusingan 16.

Dalam Kumpulan C, Benjamin Mendy merupakan pemain simpanan apabila Perancis menewaskan Peru 1-0 untuk layak ke peringkat kalah mati, dengan jaringan gol oleh Kylian Mbappe.

Denmark dan Australia seri 1-1. Christian Eriksen menjaringkan gol cantik membawa Denmark mendahulu perlawanan – tetapi sepakan penalti Mile Jedinak berjaya mendapatkan Australia satu mata.

Persiapan pasukan Brazil untuk perlawanan menentang Costa Rica hari ini terganggu dengan berita tentang Danilo yang telah tercedera pada pahanya dan tidak dapat bermain.

Walaubagaimanapun, Ederson, Fernandinho dan Gabriel Jesus masing-masing dijangka akan termasuk dalam senarai kesebeasan pemain Brazil.

Serbia menentang Switzerland dalam perlawanan Kumpulan E. .

 

Keputusan hari Khamis:

Kumpulan C

Denmark 1-1 Australia

Perancis 1-0 Peru

Kumpulan D

Argentina 0-3 Croatia

Jadual perlawanan hari Jumaat:

Kumpulan D

Nigeria v Iceland 4pm

Kumpulan E

Brazil v Costa Rica 1pm

Serbia v Switzerland 7pm

 

Berita Pasukan Utama

Terkini dari Rusia 2018

Dua pemain City bermain pada hari ke-tujuh Piala Dunia 2018.

Silva membawa kemenangan kepada Sepanyol

Berita Pasukan Utama

Terkini dari Rusia 2018

Dua pemain City bermain pada hari ke-tujuh Piala Dunia 2018.

Silva membawa kemenangan kepada Sepanyol

Berita Pasukan Utama

Terkini dari Rusia 2018

Dua pemain City bermain pada hari ke-tujuh Piala Dunia 2018.

Silva membawa kemenangan kepada Sepanyol