quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Persiapan Citizens menjelang Piala Dunia

BRAZIL: Danilo and Ferna sing the national anthem at Anfield

BRAZIL: Danilo and Ferna sing the national anthem at Anfield

Beberapa pemain Manchester City telah terlibat dalam siri perlawanan persahabatan sebagai ‘pemanas’ untuk Piala Dunia 2018 yang akan bermula 14 Jun ini.

Tiga dari empat pemain City Brazil; Danilo, Gabriel Jesus dan Fernandinho kesemuanya diturunkan dalam kesebelasan utama dalam perlawanan persahabatan menentang Croatia di Anfield, Liverpool.

Fernandinho bermain 45 minit pertama sebelum dilayangkan kad kuning, manakala Jesus diganti oleh Firmino pada minit ke-70. Danilo pula bermain 90 minit penuh apabila Firmino dan Neymar menjaringkan gol di minit-minit akhir dalam kemenangan 2-0.

Penjaga gawang City, Ederson Moares ditempatkan di bangku simpanan.

Sementara di Villareal, pasukan Sepanyol diikat seri 1-1 dengan Switzerland apabila bantuan jaringan gol David Silva oleh Alvaro Odirozola pada minit ke-29 disamakan Ricardo Rodriguez pada minit ke-62.

Ia merupakan penampilan ke-120 Silva untuk La Roja dan beliau sempat menjadi kapten selama lima minit selepas Andres Iniesta diganti keluar sebelum dirinya sendiri diganti keluar pada minit ke-60.

Sementara itu, Vincent Kompany mengalami kecederaan semasa perlawanan persahabatan Belgium menentang Portugal namun telah dinamakan dalam skuad akhir 23 pemain dan mengharapkan pulih sepenuhnya sebelum kejohanan bermula lagi 10 hari.

Bintang Belgium City, Kevin De Bruyne turut beraksi yang telah mempertemukan dengan rakan sepasukan, Bernardo Silva yang berakhir seri tanpa jaringan di Stadium Heysel.

Tiga dari empat pemain England City; Raheem Sterling, Kyle Walker dan John Stones dalam kesebelasan utama menentang Nigeria di Wembley yang berakhir kemenangan 2-1 oleh tuan rumah hasil gol Gary Cahill dan Harry Kane.

Sementara itu, duo Jerman City; Ilkay Gundogan dan Leroy Sane beraksi untuk juara bertahan Piala Dunia 2014, namun berkahir kalah 2-1 kepada Austria. Pada kejohanan di Brazil empat tahun lalu, Jerman telah membelasah tuan rumah 7-1 di separuh akhir, namun dalam perlawanan terakhir persahabatan mereka tewas 0-1 kepada Brazil.

Selain itu, Oleksandr Zinchenko beraksi selama 70 minit dalam kemenangan Ukraine 4-1 ke atas Albania. Ukraine tidak layak untuk bersaing dalam Piala Dunia kali ini di Russia.

Berita Pasukan Utama

Rekod City dibandingkan kelab-kelab terbaik Eropah

Apa Kata Media

City pecah rekod baru Piala Dunia

Berita Pasukan Utama

Siapa pemain City ke Piala Dunia 2018?

​NIGHT UNDER THE LIGHTS: Bernardo celebrates with Sane after slotting home to make it 2-1.

Musim 2017/18 merupakan musim cemerlang buat Manchester City selaku juara Liga Perdana Inggeris dengan deretan rekod baru, tapi fokus kini beralih ke Piala Dunia di Russia.