quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kejutan perlawanan pembuka Piala Dunia 2018

First matches Group Stage World Cup 2018

First matches Group Stage World Cup 2018

Piala Dunia 2018 telah membuka tirainya bermula 14 Jun lalu dan pelbagai kejutan untuk perlawanan pertama peringkat kumpulan masing-masing yang membabitkan para pemain City.

Seramai 16 pemain Manchester City mewakili 8 negara dalam kejohanan bola sepak terbesar di dunia di Rusia kali ini.

Perlawanan hari kedua, 15 Jun telah mempertemukan dua pemain City, David Silva yang mewakili Sepanyol dan Bernardo Silva mewakili Portugal untuk Kumpulan B.

Kedua-dua pemain diturunkan di awal perlawanan yang telah menyaksikan kedua-dua pasukan diikat seri 3-3 dengan jaringan hatrik Cristiano Ronaldo serta dua gol Diego Costa dan satu Nacho.

Portugal akan berhadapan dengan Maghribi hari Rabu ini, 20 Jun jam 8 malam MY, manakala Sepanyol bakal bertemu Iran jam 2 pagi Khamis MY.

Pada hari Sabtu, 16 Jun, Benjamin Mendy tidak diturunkan dari bangku simpanan untuk pasukan Perancis dalam kemenangan 2-1 ke atas Australia, Kumpulan C.

Gol Perancis dijaringkan oleh Antoine Griezmann secara penalti, dan gol sendiri Australia oleh Aziz Behich. Perancis akan melawan Peru pada hari Khamis ini, 21 Jun jam 11 malam MY.

Image result for france 2-1 australia

Sementara itu, naib juara Piala Dunia 2014, Argentina dikejutkan seri 1-1 dengan Iceland, Kumpulan D.

Jaringan pembuka cantik Sergio Aguero minit ke-19 disamakan Finnbogason empat minit kemudiannya yang menyaksikan Lionel Messi terlepas peluang meraih gol kemenangan melalui sepakan penalti pada minit ke-64.

Nicolas Otamendi turut beraksi dan Argentina akan meneruskan cabaran bertemu Croatia hari Jumaat ini, 21 Jun jam 2 pagi MY.

Satu lagi pasukan Amerika Selatan yang dicanang bakal menjuarai kejohanan kali ini, Brazil diwakili empat pemain City, diikat seri 1-1 dengan Switzerland pada 17 Jun.

Gabriel Jesus dan Danilo ditempatkan dalam kesebalasan utama, sementara Fernandinho diturunkan sebagai pemain gantian, manakala Ederson tidak digunakan.

Gol Philippe Coutinho minit ke-20 dapat disamakan Switzerland pada babak kedua oleh Steven Zuber.

Brazil akan berhadapan Costa Rica pada hari Jumaat ini, 22 Jun pukul 8 malam MY.

Pada hari sama, penyandang juara Piala Dunia 2014, Jerman kalah mengejut kepada Mexico 1-0 hasil gol Hirving Lozano pada minit ke-35.

Wakil tunggal City, Ilkay Gundogan tidak diturunkan dari bangku simpanan. Jerman akan berdepan Sweden pada hari Ahad ini, 24 Jun jam 2 pagi MY.

Belgium meraih kemenangan besar 3-0 ke atas Panama untuk Kumpulan G dengan Kevin de Bruyne membantu satu dari dua jaringan gol Romelu Lukaku. Satu gol lagi dihasilkan oleh Dries Mertens.

Vincent Kompany tidak diturunkan dari bangku simpanan. Belgium akan bertemu Tunisia pada hari Sabtu ini, 23 Jun jam 8 malam MY.

England turut memulakan dengan langkah kanan apabila menang 2-1 ke atas Tunisia, Kumpulan G melalui dua gol kapten pasukan, Harry Kane.

Kyle Walker, Raheem Sterling dan John Stones diturunkan dalam kesebelasan utama, manakala Fabian Delph tidak digunakan.

England akan berhadapan dengan Panama pada hari Ahad ini, 24 Jun pukul 8 malam MY.

 

KEPUTUSAN PENUH 

Perlawanan pertama peringkat Kumpulan

Portugal 3-3 Sepanyol (Kumpulan B)

Perancis 2-1 Australia (Kumpulan C)

Argentina 1-1 Iceland (Kumpulan D)

Jerman 0-1 Mexico (Kumpulan F)

Brazil 1-1 Switzerland (Kumpulan E)

Belgium 3-0 Panama (Kumpulan G)

Tunisia 1-2 England (Kumpulan G)

* Perlawanan-perlawanan membabitkan para pemain Manchester City.

Berita Pasukan Utama

Jadual perlawanan EPL 2018/19 diumumkan

TEAMWORK: Provider Fabian Delph celebrates with goalscorer Raheem Sterling.

Manchester City selaku penyandang juara Liga Perdana Inggeris musim lalu akan memulakan cabaran musim baru 2018/19 dengan bertandang di Stadium Emirates bertemu Arsenal pada 11 Ogos.

Berita Pasukan Utama

City di Piala Dunia 2018: Jadual Perlawanan

Berita Pasukan Utama

Persiapan Citizens menjelang Piala Dunia