quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Riyad Mahrez sertai Man City secara rasmi

Manchester City telah menyempurnakan penandatanganan Riyad Mahrez dari Leicester City.

Pemain antarabangsa Algeria berusia 27 tahun itu telah menandatangani kontrak lima tahun dan telah memilih menyarung jersi bernombor 26.

Mahrez yang menjuarai Liga Perdana Inggeris bersama Leicester tahun 2016 berkata beliau tidak sabar untuk memulakan kariernya di City, kelab yang beliau rasakan menawarkannya peluang merangkul piala-pial dan suasana yang dapat beliau memperbaiki lagi permainannya.

“Saya amat gembira untuk menyertai City, pasukan yang bermain bola sepak indah di bawah kendalian Pep Guardiola,” ujar Mahrez.

“Menyaksikan mereka dari jauh satu keseronokan. Pep komited untuk bermain bola sepak menyerang, dimana ia sempurna buat saya, dan persembahan City musim lalu begitu hebat.

“Saya rasa kami dapat mencapai kejayaan untuk tahun-tahun mendatang dan saya percaya permainan saya boleh dibangunkan lagi di bawah pengurusan Pep.”

Pengarah Bola Sepak, Txixi Begiristain menambah: “Riyad seorang pemain berbakat besar. Dia dapat menewaskan barisan pertahanan dan mencipta ruang.

“Sepanjang beberapa tahun ini, dia telah memahatkan dirinya sebagai salah seorang pemain paling mengujakan dalam Liga Perdana Inggeris.

“Kami pasti dia akan membawa masuk tambahan kualiti serangan dalam skuad kami.”

Mahrez yang lahir di Perancis dan memulakan kariernya secara profesional di La Havre dimana beliau telah tampila sebanyak 67 kali sepanjang tempoh tiga tahun.

Beliau menandatangani Leicester tahun 2013 dan telah membantu mereka dipromosi ke Liga Perdana Inggeris pada akhir musim pertamanya. Dia bermain sebanyak 19 kali dan menjaringkan tiga gol, membawa pasukan menamatkan musim pertama dengan kukuh di musim awal transisinya.

Pada musim 2014/15 telah menyaksikan Leicester menyudahi di kedudukan ke-14 dengan tujuh kemenangan dari sembilan perlawanan terakhir liga mereka, menyelamatkan mereka dari zon penyingkiran.

Pada tahun 2016, ia adalah musim kejuaraan umpama mimpi khayalan jadi nyata. Mahrez mendapat pengiktirafan dinamakan sebagai Pemain Terbaik PFA dan termasuk dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA selepas menjaringkan 17 gol dalam 37 perlawanan.

Dalam dua tahun terakhirnya bersama Leicester beliau mengumpul 23 gol, namun Foxes gagal mengulangi kecemerlangan tahun 2016 dengan berakhir di tangga ke-12 tahun 2017 dan kesembilan musim lalu.

Secara keseluruhannya, Riyad telah bermain sebanyak 179 kali buat Leicester dengan menghasilkan 48 gol.

Setiap kami di City mengalu-alukan kedatangan Riyad ke kelab ini dan kami mengucapkan selamat maju jaya sepanjang keberadaannya di sini.

Berita Pasukan Utama

7 pemain city ke semifinal Piala Dunia 2018

Berita Pasukan Utama

Perubahan jadual empat perlawanan pertama EPL

Berita Pasukan Utama

11 pemain City mara ke suku akhir Piala Dunia