quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

7 pemain city ke semifinal Piala Dunia 2018

7 Blues in semi finals World Cup 2018

7 Blues in semi finals World Cup 2018

Piala Dunia 2018 yang bermula 14 Jun lalu kian sampai ke penghujungnya dan kini tujuh pemain Manchester City mara ke peringkat separuh akhir mewakili tiga negara.

Dari 11 pemain Manchester yang layak bersaing di suku akhir, kini tinggal 7 yang akan mara ke semifinal iaitu; Vincent Kompany, Kevin De Bruyne, Benjamin Mendy, Fabian Delph, Raheem Sterling, Kyle Walker dan John Stones.

Perancis menjadi negara pertama menempah tempat ke semifinal apabila mengalahkan Uruguay 2-0 hasil gol Raphael Varane dan Antoine Griezman. Pemain pertahanan City, Mendy tidak diturunkan kali ini.

Sementara itu Brazil dihampakan Belgium dengan kekalahan 2-1. Gol sendiri oleh Fernandinho pada minit ke-13 ditambah ledakan gol cantik De Bruyne minit ke-31 meranapkan harapan pasukan Amerika Selatan tersebut untuk menebus kekecewaan Piala Dunia 2014.

Renato Augusto mengurangkan defisit gol pada minit ke-76 namun gagal menyekat kemenangan buat Red Devils yang akan bertemu Perancis di separuh akhir nanti. Gabriel Jesus dan Kompany turut beraksi dalam perlawanan. Namun Ederson tidak diturunkan, manakala Danilo cedera semasa sesi latihan sehari sebelum perlawanan.

Para penyokong England kian teruja apabila Three Lions semakin  menghampiri impian mereka membawa pulang Piala Dunia yang kali terakhir dirangkul tahun 1966 apabila menyingkirkan Sweden 2-0.

Tiga pemain City ditempatkan dalam kesebelasan utama; Sterling, Walker dan Stones. Gol kemenangan dijaringkan oleh Harry Maguire minit ke-30 dan Dele Alli minit ke 58.

Delph tidak diturunkan berikutan baru menimang cahaya mata. England akan bertemu Croatia di semifinal selepas tuan rumah dikecewakan melalui penalti penentuan setelah terikat 2-2 di masa penuh.

Jadual perlawanan separuh akhir

Perancis vs Belgium Rabu 11 Julai 2 pagi MY

Croatia vs England Khamis 12 Julai 2 pagi MY

 

Perlawanan akhir akan berlangsung pada hari Ahad 15 Julai jam 11 malam MY.

 

Berita Pasukan Utama

Perubahan jadual empat perlawanan pertama EPL

Berita Pasukan Utama

11 pemain City mara ke suku akhir Piala Dunia

Berita Pasukan Utama

Man City lancar Jelajah Trofi Centurions sedunia