quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Mahrez: Saya boleh bantu City jadi lebih bagus

Riyad Mahrez first press conference

Riyad Mahrez first press conference

Riyad Mahrez percaya yang beliau dapat membantu Manchester City memperbaiki lagi prestasi di musim hadapan.

Pemain antarabangsa Algeria kelahiran Perancis itu berpindah dari Leicester City pada hari Selasa dengan menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab.

Meskipun City mencatat musim 2017/18 dengan deretan rekod baru, menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan jumlah mata terbanyak, gol terbanyak dan kemenangan terbanyak, Mahrez berkata yang beliau yakin keupayaannya dapat menambah nilai skuad Pep Guardiola yang sedia ada.

“Selepas apa yang mereka telah lakukan, ia satu kerjas yang hebat,” katanya. “Memecah semua rekod dalam Liga Perdana Inggeris, ia sukar dipercayai.

“Saya tidak pernah terfikir tidak dapat menyertai pasukan ini. Saya amat berkeyakinan tentang diri saya. Saya harap untuk membantu pasukan ini memperbaikinya lagi.”

Usaha menarik Mahrez, 27,  ke Stadium Etihad satu usaha yang panjang buat City yang mula melakukaknya semasa jendela perpindahan Januari lalu.

Namun rundingan tersebut gagal, namun dengan kekaguman Guardiola terhadap pemain sayap menyerang begitu tinggi dengan kualitinya telah mengarahkan kelab berunding semula dengan Leicester setelah jendela perpindahan musim panas dibuka.

Mahrez, meskipun berfalsafah tentang kegagalan usaha perpindahannya bulan januari menerangkan ketibaannya minggu ini sebagai ‘ketentuan’ dan melahirkan rasa kegembiraannya mengesahkan perpindahan tersebut.

“Mungkin ia dapat berlaku lebih awal tapi ia adalah takdir, ia telah berlaku dengan cara ini,” ujarnya.

“Jika saya berpindah lebih awal, mungkin saya tidak gembira. Kini saya amat gembira telah menyempurnakan perpindahan ke City. Saya tidak mahu bercakap panjang mengenainya. Sekarang saya berada di sini dan itu paling penting.

“Ia amat bermakna buat diri saya. Saya sangat gembira dan saya akan memberi yang terbaik buat kelab ini.

“Ia amat bermakna buat saya. Saya sungguh gembira dan kami tidak sabar memulakan musim baru nanti.”

Mengekalkan penguasaan peringkat tempatan menjadi keutamaan teratas Gurdiola untuk musim akan dating – namun memperbaiki prestasi dalam Liga Juara-Juara juga merupakan agenda utama bos.

Musim lalu telah menyaksikan City sampai ke suku akhir sebelum kalah kepada Liverpool, meskipun mendahului pasukan Anfield itu dengan 25 mata dalam Liga Perdana Inggeris, satu sudut yang mengecewakan dalam kempen pasukan.

Related image

Namun Mahrez yang cemerlang bersama Leicester di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara 2016/17, berkata yang City mempunyai segala kelengkapan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan di Eropah.

“Sudah tentu. Ia sebuah kelab yang inginkan merangkul kejuaraan sebegini,” tegasnya.

“Liga Juara-Juara adalah untuk kelab-kelab besar. City merupakan satu kelab yang ada segala yang diperlukan untuk cuba menjuarai Liga Juara-Juara.

“Ia satu sasaran. Sekarang kita perlu bekerja keras dan kemudian lihat apa yang akan berlaku.”

Berita Pasukan Utama

10 perkara anda perlu tahu tentang Mahrez

Galeri Foto

Riyad Mahrez: Hari pertama latihan

Galeri Foto

#WelcomeRiyad: Galeri Hari Pertama