quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

10 perkara anda perlu tahu tentang Mahrez

NEW ARRIVAL: Riyad Mahrez has completed his move to Manchester City

NEW ARRIVAL: Riyad Mahrez has completed his move to Manchester City

Manchester City telah berjaya menandatangani pemain pertama di jendela perpindahan musim panas 2018 , penyerang Riyad Mahrez dari Leicester City.

Pemain antarabangsa Algeria kelahiran Perancis telah bersetuju menandatangani kontrak selama lima tahun dan akan memakai jersi No.26.

Berikut segala yang anda perlu tahu tentang pemain berusia 27 tahun ini..

TWO GREATS MEET: Riyad is introduced to Club Ambassador Mike Summerbee

1 Nama Penuh

Riyad Karim Mahrez

2 Segalanya bermula

Riyad lahir di Sarcelles, Perancis pada 21 Februari 1992. Ayahnya adalah berketurunan Algeria, sementara ibunya dari keturunan Algeria dan Maghribi. Beliau membesar dengan bercuti di Algeria di mana ayahnya bermain bola.

Image result for riyad mahrez childhood

3 Karier awal

Riyad memulakan kerjayanya tahun 2004 dengan menyertai AS Sarcelles dan selepas lima tahun bersama kelab di peringkat remaja, beliau memulakan secara profesional tahun 2009 dengan berpindah ke Quimper dimana dia tampil sebanyak 27 kali.

4 Kerjaya di Perancis

Selepas menolak tawaran dari Paris Saint Germain dan Marseille , Riyad menyertai pasukan Ligue 2, Le Havre tahun 2010 dan bakatnya mula menyinar. Beliau kemudian dipromosi ke pasukan utama dengan tampil sebanyak 67 kali dan menjaringkan 10 gol.

Image result for riyad mahrez le havre

5 Bertapak di England

Riyad menarik perhatian peninjau Leicester City, Steve Wals dengan keupayaan mencorak permainan, kemahirannya dan kelajuannya yang membawa beliau berpindah ke Stadium Kong Power pada 11 Januari 2014. Beliau tampil kali pertama buat kelab menentang Middlesborough sebelum menjaringkan gol pertamanya melawan Nottingham Forest sebulan kemudian.

6 Kunci kejayaan

Riyad memberi kesan kepada Leicester menjuarai Liga Championship musim 2013/14 selepas menyertainya kelab di pertengahan musim. Selepas membantu Foxes dipromosi ke Liga Perdana Inggeris di musim berikutnya, beliau muncul sebagai salah seorang pemain Eropah paling menyerlah musim 2015/16 yang membawa Leicester merangkul kejuaraan Liga Perdana. Secara keseluruhannya beliau tampil sebanyak 179 kali buat Foxes dengan 48 gol.

Related image

7 Musim anugerah

Kesan hebat Riyad pada musim tersebut membawanya menerima beberapa anugerah pengktirafan peribadi, antaranya Pemain Terbaik Tahunan PFA, Pemain Terbaik Tahunan Pilihan Peminat PFA, Pemain Terbaik Afrika CA, Pemain Terbaik Tahunan Afrika BBC, Pemain Terbaik Tahunan Leicester City, Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris Facebook FA, Pemain Terbaik Tahunan Algeria dan Pemain Terbaik Tahunan Lion d’Or.

8 Gaya rambut

Semasa bersama Leicester sehingga menjuarai Liga Perdana musim 2015/16, berikutan kepopularan Riyad, kedai gunting rambut yang biasa dikunjunginya di Sarcelles semasa zaman kanak-kanaknya menjadi destinasi wajib dilawati oleh para peminat sehinggalah sejauh Belgium, dengan setiap orang berminat untuk mendapatkan gaya potongan rambut Riyad.

Image result for riyad mahrez new hair style

9 Kebanggaan Afrika

Riyad tampil kali pertama buat pasukan kebangsaan Algeria semasa menentang Armenia tahun 2014 dan semenjak itu beraksi sebanyak 34 kali untuk negaranya dengan menjaringkan lapan gol. Beliau mewakili Algeria di Piala Dunia 2014 di Brazil, begitu juga di kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika tahun 2015 dan 2017.

Related image

10 Pengaruh utama

Riyad memberi pujian khas kepada Almarhum ayahnya, Ahmed, yang menjadi kunci utama kariernya sejak dari kanak-kanak. “Ayah saya sentiasa di belakang saya, dia mahukan asaya menjadi seorang pemain bola, “imbasnya. “Dia datang ke setiap perlawanan dengan membantu saya. Dia telah memainkan peranan untuk pasukan-pasukan kecil di Algeria dan Perancis, jadi dia tahu apa yang dikatakannya.”

CLOSE-UP: Our new recruit, in the spotlight

Selamat datang Riyad!

Berita Pasukan Utama

Riyad Mahrez sertai Man City secara rasmi

Berita Pasukan Utama

7 pemain city ke semifinal Piala Dunia 2018

Berita Pasukan Utama

Perubahan jadual empat perlawanan pertama EPL