quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Ia pendedahan bagus buat para pemain muda

Pep Guardiola Presser v Liverpool, New York

Pep Guardiola Presser v Liverpool, New York

Pep Guardiola tidak sabar bagaimana skuad mudanya akan menghadapi Liverpool dalam perlawanan kedua ‘International Champions Cup’ di New York City nanti.

Manchester City akan bertemu pasukan kendalian Jurgen Klopp di Stadium MetLife, New York pada hari Rabu, 25 Julai jam 8.05 malam waktu tempatan (bersamaan pukul 8.05 pagi Khamis waktu Malaysia).

Dalam perlawanan pertama hari Jumaat lalu, City dikalahkan 0-1 oleh Borussia Dortmund sebelum pasukan yang menduduki tangga keempat Bundesliga musim lalu itu menewaskan Liverpool 3-1.

“Ia bagus untuk para pemain muda yang kami ada,” ujarnya kepada wartawan.

“Kami akan bermain menentang salah satu pasukan terbaik di Eropah, pasukan yang berjaya ke peringkat akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

“Para pemain muda akan bermain melawan Mo Salah, Virgil Van Dijk, James Milner... Ia akan jadi pengalaman dan pendedahan baik buat mereka untuk melihat apa yang perlu dilakukan untuk mencapai peringkat tertinggi.

Image result for pep guardiola vs jurgen klopp

“Ia akan jadi latihan bagus untuk melihat bagaiamana para pemain bereaksi dalam satu perlawanan penting.

“Liverpool sentiasa menjadi pasukan pencabar untuk merangkul kejuaraan. Dengan sejarah yang mereka ada, mereka sentiasa satu pasukan pencabar.

“Kami gembira (dapat bermain dalam International Champions Cup). Musim lalu, kami datang ke sini dalam jelajah Amerika dan ia sempurna di Los Angeles dan bandar-bandar lain. Ia satu tempat hebat untuk didatangi.

“Sentiasa pada permulaan musim, jangkaan setiap pasukan tinggi, kami mahu lakukan yang terbaik dan meneruskan apa yang telah kami mulakan dua musim lalu.

GROUP SHOT: NYCFC and MCFC take a whole squad picture

“Kami akan tukar beberapa perkara dan cuba beberapa perkara. Tiada siapa tahu apa akan berlaku. Musim hadapan, kami hanya akan bermain.”

Ketika ditanya jika beliau mahu memperkuatkan lagi skuadnya, selepas menandatangani Riyad Mahrez, Guardiola menjawab yang beliau masih ada masa untuk mempertimbangkan pilihannya tapi menegaskan yang dia tidak berminat menandatangani pemain yang didakwa media menjadi sasaran kelab, Miralem Pjanic.

“Kami masih ada beberapa minggu lagi. Kami akan putuskan tapi buat masa sekarang, kami sudah cukup bagus.

“Kami ada para pemain di setiap posisi. Di posisi tengah serangan, kami ada pemain yang boleh bermain di sana.

Related image

“Kami tidak berminat dengan Pjanic. Dia seorang pemain ternama tapi kami tidak berminat dengannya.

“Kami akan lihat dalam masa beberapa hari lagi sama ada kami akan menandatangani seorang pemain lagi atau tunggu.”

* Perlawanan persahabatan ‘International Champions Cup’ menentang Liverpool akan berlangsung di Stadium MetLife, New York pada hari Rabu, 25 Julai jam 8.05 malam USA bersamaan hari Khamis, 26 Julai pukul 8.05 pagi Malaysia. Siaran langsung ditayangkan di saluran Astro 817/836 HD.

Berita Pasukan Utama

De Bruyne calon Pemain Terbaik FIFA 2018

Berita Pasukan Utama

Guardiola calon anugerah Pengurus Terbaik FIFA

Laporan Perlawanan

City kalah tipis kepada Dortmund

DISAPPOINTING: Claudio Bravo in dismay after conceding a penalty

Riyad Mahrez melakukan penampilan pertamanya untuk Manchester City dalam pasukan Pep Guardiola memulakan kempen pramusim 2018/19 menentang Borussia Dortmund di Amerika Syarikat.