quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep tidak sabar dipertemukan semula dengan Bayern

Pep Guardiola Presser vs Bayern Munich ICC Miami

Pep Guardiola Presser vs Bayern Munich ICC Miami

Pep Guardiola mengatakan tidak sabar untuk bertemu semula dengan jurulatih Bayern Munich, Niko Kovac – dan berharap kedua-duanya akan dipertemukan lagi dalam UCL.

Manchester City selaku juara Liga Perdana Inggeris akan menghadapi juara Bundesliga dalam perlawanan persahabatan pramusim terakhir, International Champions Cup di Miami pada hari Sabtu, 7.05 malam waktu tempatan (7.05 pagi Ahad waktu Malaysia).

Bercakap kepada sidang media petang Jumaat, Kovac telah mengangkat Guardiola sebagai ‘pengurus bola sepak terbaik di dunia’ dan bos City turut melahirkan kekaguman sama terhadapa rakan sejawatnya dengan menambah yang beliau merasa teruja untuk menghabiskan masa bersama teman-teman lama di kelab yang diurusinya selama tiga musim.

Related image

“Saya ada ramai kenalan di Bayern, ia satu pengalaman berharga menjadi pengurus di sana, bukan sahaja buat diri saya malah buat keluarga saya.

“Saya akan sentiasa merasa satu penghormatan yang sekali dalam seumur hidup saya, saya mengurus Bayern. Saya masih ingat hari mereka memangggil saya dan meminta saya ke sana. Ia bagai satu mimpi.

“Selain dari keputusan-keputusan perlawanan yang diraih dan apa yang telah berlaku, keluarga saya juga gembira berada di Munich. Saya ada satu pangsapuri di sana dan setiap kali bila berpeluang, saya kembali ke sana. Saya tak sabar untuk bertemu semula dengan sebahagian pemain dan pegawai nanti.

Image result for pep guardiola family bayern munich

“Ia sentiasa satu keseronokan meluangkan masa bersama pengurus lain. Saya telah banyak belajar dari mula dengan bersama-sama pengurus lain. Saya begitu amat teruja ingin mengetahui lanjut. Niko dan abangnya telah datang ke Qatar dan kami telah berbincang banyak perkara. Dia begitu baik kepada saya.

“Selepas itu, beliau mengambil alih Eintrancht Frankfurt, yang tidak berada di posisi baik dan apa yang telah dilakukan di sanan menakjubkan.

“Saya telah saksikan perlawanan mereka menentang Juventus (dalam International Champions Cup), mereka kalah tapi saya kagum dengan cara mereka bermain. Saya pasti mereka akan lalui musim bagus nanti. Dia tahu tentang kelab dan mentaliti mereka di Bayern dan saya akan gembira jika mereka berjaya.

“Diharap, dalam Liga Juara-Juara Eropah, kami akan bertemu lagi.”

Guardiola sudah tentu, menikmati tempoh yang cemerlang di Bayern dengan membawa pasukan Jerman tersebut merangkul kejuaraan Bundesliga tiga musim berturut-turut. Mereka juga berjaya sampai ke semifinal Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali dan menjulang piala liga utama dan piala domestik Jerman dalam satu musim sebanyak dua kali.

Image result for pep guardiola trophy bayern munich

Mengimbas masanya di Bayern, Guardiola mengenang banyak kenangan manis.

“Saya kini mempunyai perspektif lebih bagus tapi saya sentiasa positif, apabila anda menghabiskan masa tiga tahun di sesuatu kelab, tidak kira mana-mana kelab, ia sentiasa ada detik-detik indah.

“Ia satu impian buat Bayern untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan kami hampir mencapainya dalam masa tiga tahun terutama di tahun terakhir. Kami berjaya ke final menentang Atletico.

“Sentiasa, kenangan saya bersekitar mereka yang saya bertemu. Ia dasar kegembiraan saya dan ia bergantung pada diri saya.

“Saya tidak pernah akan mengatakan perkara buruk (tentang Bayern) kerana saya tak pernah mengalaminya. Ia merupakan sebahagian penting dari hidup saya dan oleh sebab itu saya berpuas hati. Saya tak pernah sesal.”

Image result for pep guardiola bayern munich smile

Dengan City akan kembali semula ke Manchester hujung minggu ini dan persediaan Piala Community Shield menentang Chelsea menanti (5 Ogos), Guardiola turut mendedahkan yang sebahagian bintang-bintangnya tidak akan turut serta dalam kunjungan ke Wembley.

“Sebahagian mereka akan kembali, kami hanya ada empat hingga lima hari untuk persiapan perlawanan pertama.

“Sebahagian mereka akan kembali selepas perlawanan akhir.

“Ia penting untuk mempunyai para pemain kembali semula, tapi jika mereka tidak bersedia, kami akan turunkan para pemain yang kami ada.

“Untuk setiap pengurus, ia perkara sama, jadual perlawanan telah ditetapkan dan kami perlu sesuaikannya dengan keadaan kami.

“Kami telah lalu satu jelajah pramusim dan kami akan lalui satu lagi. Kami lebih suka untuk para pemain kembali secepat mungkin yang boleh tapi ia mustahil.”

Selain itu, Pep turut ditanya tentang perkembangan perancangan perpindahan pemain. Beliau mengakui kemungkinan ada seorang lagi pemain baru akan datang, dan menegaskan kepentingan menandangani pemain dengan ‘personaliti yang tepat’.

“Personaliti adalah perkara paling penting, anda perlu kenal mereka.

“Saya suka bekerja dengan orang yang baik-baik. Saya benci bekerja dengan mereka yang tidak menghormati rakan-rakan sepasukan, atau pengurus, atau kelab.

“Sudah tentu, kemahiran juga penting, untuk mempunyai kualiti di padang perlawanan.

“Jika kami menandatangani seseorang pemain, kami akan tandatangani seorang lagi. Pada masa sekarang, skuad kami kekal dengan sedia ada.

“Urusan pembelian pemain amat mahal. Kami telah berbelanja tinggi tahun lalu kerana kami ada satu pasukan berusia. Kami akan teruskan dengan skuad sama sebagaimana tahun lalu, dan mungkin menambah seorang lagi.”

* Perlawanan persahabatan ‘International Champions Cup’ menentang Bayern Munich akan berlangsung di Stadium Hard Rock, Miami pada hari Sabtu, 28 Julai jam 7.05 malam USA bersamaan hari Ahad 29 Julai pukul 7.05 pagi Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Laporan Perlawanan

City kalah tipis kepada Liverpool di USA

Pep Guardiola said he could not be more proud of his young City side’s International Champions Cup display against Liverpool.

Leroy Sane membuka jaringan dalam perlawanan persahabatan kedua pramusim International Champions Cup namun kalah tipis kepada pasukan Liverpool yang lebih berpengalaman.

Berita Pasukan Utama

City tandatangani Claudio Gomes

Berita Pasukan Utama

Pep: Ia pendedahan bagus buat para pemain muda