quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola calon anugerah Pengurus Terbaik FIFA

Pep Guardiola The Best FIFA Men's Coach 2018 candidate

Pep Guardiola The Best FIFA Men's Coach 2018 candidate

Pep Guardiola telah dicalonkan untuk anugerah Pengurus Terbaik Lelaki FIFA tahun 2018.

Pengurus asal Catalan tersebut merupakan antara 11 pengurus yang disenarai pendek untuk anugerah berprestij selepas membawa City menjuarai Liga Perdana Inggeris dan Piala Carabao musim lalu.

Image result for pep guardiola premier league

Panel terdiri daripada para legenda FIFA telah memilih para calon dan kini para peminat, wartawan dan pengurus serta pemain telah dijemput untuk mengundi pemenangnya.

Guardiola memburu anugerah sama buat kali kedua selepas meraihnya pada tahun 2011 ketika membimbing pasukan Barcelona.

Anda boleh mengundi melalu laman web FIFA di pautan ini.

Berikut adalah senarai calon penuh:

Massimiliano Allegri (ITA) - Juventus
Stanislav Cherchesov (RUS) - pasukan kebangsaan Rusia
Zlatko Dalic (CRO) - pasukan kebangsaan Croatia
Didier Deschamps (FRA) - pasukan kebangsaan Perancis
Pep Guardiola (ESP) - Manchester City
Jurgen Klopp (GER) - Liverpool
Roberto Martinez (ESP) - pasukan kebangsaan Belgium
Diego Simeone (ARG) - Atletico Madrid
Gareth Southgate (ENG) – pasukan kebangsaan England
Ernesto Valverde (ESP) - Barcelona
Zinedine Zidane (FRA) - Real Madrid

Laporan Perlawanan

City kalah tipis kepada Dortmund

DISAPPOINTING: Claudio Bravo in dismay after conceding a penalty

Riyad Mahrez melakukan penampilan pertamanya untuk Manchester City dalam pasukan Pep Guardiola memulakan kempen pramusim 2018/19 menentang Borussia Dortmund di Amerika Syarikat.

Berita Pasukan Utama

Guardiola teruja dengan kualiti Mahrez

Galeri Foto

Galeri latihan: Chicago, USA