quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Man City lancar Jelajah Trofi Centurions sedunia

WORLD VIEW: We'll be celebrating our Centurions' season with a global trophy tour!

WORLD VIEW: We'll be celebrating our Centurions' season with a global trophy tour!

Untuk meraikan City menjuarai Liga Perdana Inggeris dan Piala Carabao musim lalu, kelab akan mendatangkan piala-piala dalam Jelajah Trofi Centurions, dibawa oleh Etihad Airways.

Piala-piala tersebut akan menjelajah 15 bandar sepanjang beberapa minggu akan datang meraikan musim pemecahan rekod kelab bersama-sama para peminat di seluruh dunia.

Melalui plaform keahlian Cityzens, para peminat berpeluang mengundi lokasi-lokasi untuk sesi jelajah. Pihak kelab juga akan mengejutkan beberapa peminat tegar dengan pengalaman hebat untuk mengiktiraf kesetiaan mereka.

Jelajah ini juga akan mempersembahkan musim pemecahan rekod ‘Centurions’ yang telah menyaksikan pasukan berjaya mencecah 100 mata dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

Merentasi destinasi-destinasi jelajah nanti juga diadakan siri acara-acara menarik bersama para peminat dan tayangan perlawanan, termasuk lawatan-lawatan ke projek-projek komuniti kelab di seluruh dunia.

Sesi jelajah bermula hari ini di Abu Dhabi dengan legenda kelab, Paul Dickov telah menghadiri pelancaran yang dianjurkan oleh rakan penaja kelab Etihad Airways. Sepanjang beberapa minggu akan datang, sesi jejalah akan terbang ke China, Amerika Syarikat, Amerika Selatan dan Asia Tenggara dengan lebih destinasi akan diumumkan nanti.

Omar Berrada, Ketua Pegawai Operasi di Manchester City berkata: “Kami sukacita melancarkan Jelajah Trofi Centurions Manchester City, dipersembahkan oleh Etihad Airways.

“Musim pemecahan rekod ‘Centurions’ merupakan pencapaian hebat untuk kelab dan kami teruja berupaya meraikannya bersama-sama para peminat di bandar-bandar merkea di seluruh dunia.

“Kami mahu memastikan para peminat kami di ‘jantung’ segala sambutan ini dan sesi jelajah ini adalah tambahan istimewa sebagai para peminat berpeluang untuk memutuskan dimana piala-piala ini perlu dilawati. Kami mempunyai perancangan-perancangan untuk mencipta pengalaman-pengalaman hebat City buat para peminat di setiap hentian jelajah ini dan membawa mereka lebih dekat kepada kelab yang mereka cintai.”

Patrick Pierce, Naib Presiden Pemasaran Rakan-Rakan Penaja di Etihad Airways berkata: “Sebagai rakan penaja utama Manchester City FC, Etihad Airways teruja meraikan kejayaan pasukan dan memberi ganjaran kepada para peminat di seluruh dunia.

“Iniatif ini adalah refleksi sempurna peranan syarikat penerbangan ini untuk mempromosi hubungan kami melalui bola sepak.”

Para pemiant boleh mengetahui tentang dimana Jejalah Trofi ini akan melawat dengan melayar www.mancity.com/trophytour dan melalui paltform keahlian Cityzens kelab.

Berita Pasukan Utama

Piala Dunia 2018, 16 akhir: Siapa dan bila?

Berita Pasukan Utama

Diari Piala Dunia: 27 Jun

RUSSIA 2018: Argentina are through to the last-16 after a dramatic victory over Nigeria

Nicolas Otamendi telah bermain selama 90 minit penuh yang mana Argentina telah layak ke pusingan 16 Piala Dunia dalam suasana yang dramatik.

Terkini dari Piala Dunia di Rusia!

Apa Kata Media

Ringkasan Media: 26 Jun

STERLING WORK: Raheem Sterling has been tipped for greatness by a former teammate...

Sembang Piala Dunia, penghormatan daripada bekas pemain City dan desas-desus pemindahan…

Ringkasan harian berita, pandangan, gosip dan pendapat City…