quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola teruja dengan kualiti Mahrez

PRESS CONFERENCE: Pep Guardiola and Oleksandr Zinchenko talk to the media ahead of our match against Borussia Dortmund

PRESS CONFERENCE: Pep Guardiola and Oleksandr Zinchenko talk to the media ahead of our match against Borussia Dortmund

Pep Guardiola melahirkan rasa kegembiraannya dengan dapat menandatangani Riyad Mahrez semasa jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain tengah Algeria kelahiran Perancis itu telah menyempurnakan perpindahan yang sekian lama dinantikan ke Manchester City dari Leicester City bulan ini dan menikamti masanya bersama kelab di Chicago dalam sesi jelajah pramusim di Amerika Syarikat.

Berhadapan dengan media menjelang perlawanan pertama International Champions Cup menentang Borussia Dortmund hari Jumaat (8.05 malam USA), Guardiola memuji pemain barunya itu dengan menegaskan Riyad akan membantu juara Liga Perdana Inggeris meneruskan kejayaan cemerlang musim lalu.

“Riyad Mahrez datang membantu kami di bahagian serangan dan memberikan kami kualiti yang beliau ada,” ujar bos Catalan kepada wartawan.

“Kami ada barisan pemain sama (dari tahun lalu), kecuali seorang – Yaya Toure. Kami akan cuba terus memperbaiki apa yang kami telah mulakan dua musim lalu. Apa yang telah berlaku musim lalu adalah berikutan dari musim pertama, dan kami akan cuba lakukannya lagi.

“Kami akan cuba kembali pada asas-asas dan lihat sasaran kami untuk musim baru – untuk cuba mengalahkan semua pasukan seperti musim lalu. Saya tahu apa yang perlu dilakukan.”

Dengan majoriti para pemain senior menikmati percutian selepas terlibat dalam Piala Dunia, Guardiola hanya mempunyai sedikit masa untuk mempersiapkan skuadnya menjelang musim baru.

Namun begitu, pengurus gembira dengan persembahana ditunjukkan para pemain City dan bagaimana skuad mudanya menjalani latihan di Amerika Syarikat setakat ini.

Mengulas tentang Piala Dunia di Rusia, beliau mengulas: “Saya amat berpuas hati dan gembira untuk mereka semua – atas permainan yang mereka lakukan.

“Saya tidak terkejut. Saya tahu kualiti kami dan kami amat gembira sebagai sebhuah kelab yang mempunyai wakil teramai di Piala Dunia. Setiap orang telah memberikan yang terbaik.

“Kami hanya ada tiga hingga empat pemain profesional dalam skuad dalam rombongan ini tapi ia satu keseronokan bekerja dengan para pemain muda.

“Saya telah laluinya sebelum ini di Barca dan Bayern dimana para pemain hanya ada masa pendek selepas percutian.

“Saya telah bercakap dengan para pemain. Jika diperlukan, mereka boleh ambil lebih cuti. Kita akan lihat. Tiada tekanan di sana. Kami lebih suka berikan mereka lebih masa untuk rehat tapi hakikatnya tidak boleh dan ia lebih baik tidak mengeluh tapi cuba menyesuaikan diri sebaik mungkin.

“Kami akan fikir bila mereka kembali dan menangani situasi hari demi hari.

“Para pemain mempunyai banyak pengalaman dan bermain di Piala Dunia akan memberi manfaat pada masa depan kelab dan bola sepak Inggeris.”

Salah seorang pemain utama yang tidak turut serta di Russia adalah Leroy Sane, dan Guardiola pemain sayap Jerman itu menggunakan kekecewaannya sebagai motivasi untuk kempen akan datang.

“Ia perkara lepas, para pengurus pasukan kebangsaan memutuskan apa yang terbaik untuk pasukan mereka.

“Leroy mungkin kecewa tapi mungkin keputusan tersebut telah menjadikannya lebih kuat. Dalam masa dua tahun, EURO akan kembali dan dalam masa empat tahun lagi, Piala Dunia. Dia boleh cuba memperbaiki permainannya.

“Kami amat kagum dan gembira adanya beliau di sini Bersama kami. Leroy perlu menerima hakikat dan lupakannya, dan tunjukkan pada pasukan kebangsaan - tapi pertamanya pada kami – kualitinya.”

Menyentuh tentang Joe Hart yang kembali ke Manchester City selepas tamat tempoh pinjamannya di Torino dan West Ham United, Pep berkata: "Kami akan cuba dan cari solusi untuk Joe, jika tiada dia kekal bersama kami. Dia salah seorang pemain profesional terbaik pernah saya lihat, dapi buat masa sekarang dia bersama-sama kami."

Guardiola sering bercakap pada musim lalu tentang peranan pasukan dengan cabaran perlawanan pramusim dalam kejayaan musim sebenar.

Dengan keputusan perlawanan yang mengagumkan dan bola sepak indah yang ditunjukkan semasa jelajah pramusim Amerika Syarikat yang lalu (mengalahkan Real Madrid 4-1 dan Spurs 3-0), City telah memulakan musim 2017/18 dengan bergaya dalam persiapan untuk musim yang penuh meyakinkan.

Image result for man city vs real madrid usa

Bos berharap ujian sama kali ini di Chicago, New York dan Miami dalam Blues menghadapi Borussia Dortmund, Liverpool dan Bayern Munich dalam International Champions Cup kali ini.

“Ini merupakan tahun kesembilan, kesepuluh saya sebagai pengurus dan setiap tahun kami datang ke Amerika Syarikat cukup sempurna.

“Ia sebuah negara hebat dan Chicago merupakan salah satu kota terbaik di Amerika Syarikat, terutama pada musim ini. Meskipun ketika musim sejuk saya dengar agak mencabar!

“Saya gembira. Musim lalu, kami telah bermain melawan pasukan-pasukan ternama dan ia ujian bagus untuk memulakan musim baru – satu peluang untuk kami membuktikan pada diri kami sendiri menentang pasukan-pasukan ternama.

“Kami akan cuba bermain dengan terbaik. Kami akan belajar (dari perlawanan Dortmund) untuk lawan Liverpool dan kemudian seterusnya menentang Bayern Munich, dan untuk perlawanan pertama musim baru nanti.”

*Perlawanan persahabatan International Champions Cup melawan Borussia Dortmund akan berlangsung di Soldier Field, Chicago, Amerika Syarikat hari Jumaat 20 Julai jam 8.05 malam waktu tempatan bersamaan pukul 9.05 pagi Sabtu, 21 Julai waktu Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 816/834 HD

Galeri Foto

Galeri latihan: Chicago, USA

Galeri Foto

City terbang ke USA!

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City jelajah USA

US TOUR 2018: Pep has named his squad for the pre-season tour of the US

Rombongan para pemain dan pegawai Manchester City telah berangkat terbang ke Amerika Syarikat hari ini untuk sesi jelajah pramusim.