quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

KDB dan Kompany sudahi Piala Dunia tempat ketiga

Vincent Kompany and De Bruyne World Cup 2018

Vincent Kompany and De Bruyne World Cup 2018

Duo Manchester City Belgium, Vincent Kompany dan Kevin De Bruyne menamati kempen Piala Dunia 2018 di Rusia dengan merangkul pingat gangsa selepas Belgium mengalahkan England 2-0.

Gol Thomas Meunier pada minit ke-4 membawa pasukan kendalian Roberto Martinez mendahului perlawanan di Saint Petersburg hari Sabtu sebelum Eden Hazard menambah gol kedua pada minit ke-82 hasil hantaran cantik De Bruyne.

Ia merupakan pencapaian terbaik pasukan Belgium yang dibarisi "Golden Generation" dalam kejohanan yang kini turut menduduki tangga ketiga "Ranking FIFA".

Ia mengecewakan kempen 'It's Coming Home' Three Lions bimbingan Gareth Southgate yang turut diwakili empat pemain City dengan tiga darinya beraksi dalam perlawanan; Raheem Sterling, John Stones dan Fabian Delph.

Namun ia adalah pencapaian terbaik England selepas kali terakhir berjaya ke semifinal Piala Dunia tahun 1990 meskipun gagal mengulangi kejayaan nostalgik menjulang Piala Dunia tahun 1966.

Perancis yang menewaskan Belgium di semifinal yang turut dianggotai oleh bek City, Benjamin Mendy akan bertemu Croatia di perlawanan akhir pada hari Ahad, 15 Julai jam 11 malam waktu Malaysia selepas pasukan Balkan tersebut meranapkan harapan England dengan kemenangan 2-1 di separuh akhir.

Les Blues dalam sasaran mengulangi kejayaan mereka menjuarai Piala Dunia buat kali terakhir 20 tahun lalu (1998) di Paris, dimana Croatia menduduki tempat ketiga ketika itu, pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan. Mungkin akan berlaku kejutan lagi kali ini?

Galeri Foto

#WelcomeRiyad: Acara memperkenalkan kepada peminat

Berita Pasukan Utama

Mahrez: Saya boleh bantu City jadi lebih bagus

Berita Pasukan Utama

10 perkara anda perlu tahu tentang Mahrez