quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

11 pemain City mara ke suku akhir Piala Dunia

World Cup Last 16

World Cup Last 16

Daripada 16 pemain dari 8 negara, kini tinggal 11 pemain Manchester City dari 4 negara melepasi peringkat kumpulan dan pusingan kalah mati Piala Dunia 2018.

Pasukan kendalian Gareth Southgate, England, menjadi pasukan terakhir menempah tempat ke peringkat suku akhir selepas menang penalti penentuan 4-3 ke atas Colombia setelah terikat 1-1 di masa penuh.

Image result for england vs colombia celebration

Three Lions yang diwakili empat pemain City; Raheem Sterling, Fabian Delph, Kyle Walker dan John Stones mengiringi Uruguay, Perancis, Brazil, Belgium, Sweden, Croatia dan tuan rumah, Rusia.

Terlebih dahulu, Belgium yang diwakili Vincent Kompany dan Kevin De Bruyne berjaya menewaskan Jepun 3-2 selepas diikat pasukan tunggal Asia tersebut 2-2 sebelum Nacer Chadili menyumbat gol kemenangan pada 94 minit masa tambahan.

Manakala Brazil pula yang diwakili empat pemain City; Gabriel Jesus, Fernandinho, Danilo dan Ederson mara seterusnya selepas mengalahkan Mexico 2-0 hasil gol Neymar dan Firmino.

Sementara Perancis dengan wakil tunggal City, Benjamin Mendy meranapkan harapan Argentina yang diwakili Sergio Aguero dan Nicolas Otamendi dengan kemenangan 4-3.

Gol Aguero pada minit ke-93 gagal memacu naib juara Piala Dunia 2014 mencari gol penyamaan seterusnya, menjadi pasukan pilihan kejuaraan tersungkur awal sebagaimana juara bertahan, Jerman.

Dua lagi wakil City, Bernardo Silva yang beraksi bersama Portugal dikecewakan Uruguay dengan kekalahan 2-1, manakala David Silva bersama Sepanyol kalah penalti penentuan 4-3 oleh tuan rumah, Rusia selepas diikat seri 1-1 di masa penuh.

 

Jadual Perlawanan suku akhir Piala Dunia 2018

 

Uruguay vs Perancis  Jumaat, 6 Julai 10 malam MY

Brazil vs Belgium  Sabtu, 7 Julai 2 pagi MY

Sweden vs England  Sabtu Julai 10 malam MY

Rusia vs Croatia Ahad 8 Julai 2 pagi MY

Berita Pasukan Utama

Man City lancar Jelajah Trofi Centurions sedunia

Berita Pasukan Utama

Piala Dunia 2018, 16 akhir: Siapa dan bila?

Berita Pasukan Utama

Diari Piala Dunia: 27 Jun

RUSSIA 2018: Argentina are through to the last-16 after a dramatic victory over Nigeria

Nicolas Otamendi telah bermain selama 90 minit penuh yang mana Argentina telah layak ke pusingan 16 Piala Dunia dalam suasana yang dramatik.

Terkini dari Piala Dunia di Rusia!