quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Benjamin Mendy juara Piala Dunia!

Benjamin Mendy World Cup winner 2018

Benjamin Mendy World Cup winner 2018

Pemain pertahanan Manchester City, Benjamin Mendy menjulang Piala Dunia 2018 bersama Perancis selepas mengalahkan Croatia 4-2 di final.

Perancis merangkul kejuaraan Piala Dunia buat kali kedua selepas melakukannya pertama kali ketika menjadi tuan rumah dua puluh tahun lalu (1998).

Gol sendiri Mario Mandzukic pada minit ke-18 memberi Perancis mendahului perlawanan di Stadium Luzhniki, Moscow sebelum Ivan Perisic menyamakan kedudukan sepuluh minit kemudiannya.

Antoine Griezmann kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-38 untuk membawa Perancis mendahului kembali 2-1 sehingga ke masa rehat.

Image result for france 4-2 croatia

Lima belas minit selepas perlawanan disambung, Paul Pogba menambah gol ketiga diikuti Kylian Mbappe pada minit ke-65 untuk membawa kedudukan 4-1.

Empat minit kemudiannya, Mandzukic mengurangkan deifist gol kepada 4-2 berikutan kesilapan Hugo Lloris, namun sudah terlambat untuk mengejar dari belakang dan Piala Dunia 2018 jadi milk Perancis.

Mendy hanya beraksi sekali untuk Perancis selama 40 minit semasa di peringkat kumpulan ketika Les Bleus diikat seri 0-0 dengan Denmark. Tahniah Benjamin akhirnya berada di puncak dunia!

Berita Pasukan Utama

KDB dan Kompany sudahi Piala Dunia tempat ketiga

Galeri Foto

#WelcomeRiyad: Acara memperkenalkan kepada peminat

Berita Pasukan Utama

Mahrez: Saya boleh bantu City jadi lebih bagus