quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep Guardiola ‘tabik’ reaksi City

PEP WATCH: The manager observes from the touchline.

PEP WATCH: The manager observes from the touchline.

Bos Manchester City berkata reaksi para pemainnya atas kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini minggu lalu paling memuaskan hatinya dalam kemenangan 3-1 ke atas Newcastle

Rekod jaringan luarbiasa Sergio Aguero menentang Magpies terus bertambah dengan catatan hatrik sempurna – tandukan, kaki kiri dan kaki kanan – di Stadium Etihad.

Aguero kini mengumpul 14 gol Liga Perdana Inggeris ke atas Newcastle United dan mengembalikan jarak 12 mata Manchester City selaku pendahulu liga.

Berikutan satu-satunya kekalahan liga musim ini di Liverpool minggu lalu, Guardiola melahirkan rasa gembira dengan reaksi ditunjukkan pasukannya.

“Kami keciciran dua mata menentang Palace tapi memperolehinya kembali semasa melawan Watford.

“Apabila anda kalah kepada Liverpool, anda boleh berjabat tangan dengan Jurgen Klop, lupakannya dan teruskan perjuangan.

Image result for pep and klopp anfield

“Cara kami bertarung dan cara kami cuba bermain apabila mereka bertahan dengan begitu ramai pemain mereka dalam kotak penalti, oleh sebab itu ia cukup bagus.

“Kami berupaya melakukan kombinasi baik dalam serangan. Saya amat berpuas hati. Anda sentiasa ragu-ragu selepas kekalahan di Liverpool bagaimana kami bereaksi.”

Image result for pep city 3-1 newcastle

Pengurus turut mengesahkan pendiriannya tentang perpindahan Januari yang penyerang baru tidak diperlukan dan sekali lagi memberi pujian khas terhadap penjaring gol hebat Aguero yang meraih hatrik ke-11 buat City. 

“Saya telah katakan kami tidak akan membeli penyerang baru kerana kami sudah ada Sergio dan dalam masa dua hingga tiga minggu Gabriel Jesus akan kembali semula.

HAT-TRICK HERO: Sergio Aguero proudly grabs his match ball

“Kami amat gembira untuknya. Dia tidak menyentuh bola sebelum gol pertama dan kemudian dia jaringkan gol kedua. Dia mempunyai anugerah istimewa.”

Guardiola turut memuji penampilan pemain muda Ukraine, Oleksandr Zinchenko di posisi bek kiri, katanya: “Di separuh masa pertama dia cemerlang.

“Dia seorang pemain berbakat- kami menggesanya bermain secara agresif dalam pertarungan. Dia amat disayangi oleh rakan-rakan sepasukan kerana dia seorang yang baik, dia sentiasa tersenyum walau dalam situasi tidak baik.

“Kini dia berpeluang bermain kerana Mendy cedera buat seketika dan juga Delph.”

Laporan Perlawanan

Hatrik Aguero tundukkan Newcastle di Etihad

Previu Perlawanan

Ikuti kami di Twitter!

City v Newcastle

Manchester City menyasarkan kembali di laluan kemenangan menentang Newcastle selepas kalah tipis kepada Liverpool di Anfield minggu lalu.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami mahukan pemain yang ingin bantu kami