quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep Guardiola catat rekod baru anugerah EPL

PEP WATCH: Look what the opener meant to the boss!

PEP WATCH: Look what the opener meant to the boss!

Pep Guardiola telah dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris untuk bulan Disember.

Ia merupakan pertama kali dalam sejarah anugerah bulanan tersebut seorang pengurus sama memenanginya untuk empat bulan berturut-turut.

Image result for pep guardiola celebrate v spurs

Pep telah merangkul anugerah sama untuk bulan September, Oktober dan November apabila pasukannya masih meneruskan rekod tanpa kalah dan menerima pujian dari segenap penjuru.

City telah memenangi tujuh dan seri satu dalam lapan perlawanan liga tempatan bulan lalu dengan hanya diikat seri oleh Crystal Palace dan kalah tipis dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah di Ukraine.

Image result for pep guardiola celebrate v spurs

Citizens turut menghasilkan 19 gol sepanjang bulan Disember dan mencatat jaringan dengan empat gol dalam tiga perlawanan yang menyaksikan mereka menewaskan Spurs, West Ham, Bournemouth, Swansea, Leicester dan Manchester United.

Untuk bulan Disember, Pep telah menewaskan lima calon lagi iaitu Roy Hodgson (Palace), Mauricio Pochhetino (Spurs), Sam Allardyce (Everton) Jurgen Klopp (Liverpool) dan Antonio Conte (Chelsea).

Related image

Untuk anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Disember dimenangi oleh Harry Kane (Spurs) dan Gol Terbaik Disember dimenangi oleh Jermain Defoe (Bournemouth).

Tahniah kepada Pep dan para pegawainya atas satu lagi anugerah kecemerlangan.

Berita Pasukan Utama

KDB dinamakan dalam Pasukan Terbaik UEFA 2017

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Saya bertuah dapat melatih pasukan ini

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi ke Wembley tundukkan Bristol

Aguero v Bristol Carabao Cup

Gol minit akhir masa tambahan Sergio Aguero bawa kemenangan 2-1 ke atas Bristol City dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao.

Laporan perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao Man City lawan Bristol City.