quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Bukan Semua Tentang Bola: Antara bola dan cinta

Bukan Semua Tentang Bola - Cinta dan Bola

Bukan Semua Tentang Bola - Cinta dan Bola

Cinta itu buta. Setiap orang sanggup lakukan apa sahaja demi memenuhi rasa cintanya pada seseorang atau sesuatu. Itulah topik kita kali ini dalam Bukan Semuanya Tentang Bola.

Tahun 2017 telah berlalu dan ia akan menjadi dalam lipatan sejarah sebagai tahun penuh cemerlang buat Citizens dengan suka duka yang dilalui.

Walaupun 2017 City tanpa sebarang piala di akhir musim 2016/17 pada bulan Mei musim pertama di bawah bimbingan pengurus tersohor, Pep Guardiola, namun enam bulan kemudiannya City bangkit dan menjadi pasukan yang paling digeruni bukan sahaja di England malah di Eropah.

Zabaleta dan Mancunian

Penutup musim 2016/17 telah menyaksikan betapa cinta dan kesetiaan mampu menambat hati pada diri seseorang mengatasi batasan asal usul.

Pablo Zabaleta selepas pengabdian selama 9 tahun dimana pemain pertahanan asal Argentina menjadikan Manchester sebagai kediamannya telah mencuri hati para penyokong City terutama Mancunians (penduduk tempatan Manchester).

Image result for pablo zabaleta farewell etihad stadium

Tanya sesiapa sahaja Blues siapa tidak mudah jatuh cinta pada Zabaleta? Namun rasa kasih dan cinta Pablo Zabaleta pada City turut kekal selamanya. Once a blue always a blue!

Image result for pablo zabaleta farewell etihad stadium

City turut mengatur majlis perpisahan dalam perlawanan terakhir di akhir musim di laman sendiri dengan para penyokong setia menunggu hingga ke akhir perlawanan dalam perlawanan lewat malam untuk melahirkan rasa penghargaan kepada pemain kesayangan mereka yang terkenal berjiwa singa.

Malah kejutan buat beberapa peminat sebelum Zabaleta berpindah ke West Ham United. Siapa tidak tersentuh dengan Mini Zaba?

City hargai peminat

Manchester City dengan kelab berpaksikan pada komuniti sejak penubuhannya pada tahun 1894 telah banyak menabur bakti dan menyumbangkan kembali kepada masyarakat setempat.

Pelaburan besar-besaran pemilik kelab dalam penubuhan Akademi Bola Sepak City (CFA) di Eastlands (Timur Manchester) telah merubah kawasan yang dahulunya terpinggir dengan memberi peluang lebih 2,000 pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Image result for city in the community

Bukan itu sahaja, ia telah mengasuh para pemain muda berbakat kelahiran kota Manchester termasuk pemain muda, Phil Foden yang semakin meningkat naik, pemenang anugerah Bintang Sukan Muda Terbaik England SPOTY 2017 dan tersenarai antara 50 pemain muda Eropah yang bakal menggegar dunia bola sepak!

Image result for phil foden man city 2018

City sedar, tanpa para peminat siapalah City yang ada sekarang. Selepas siri kejutan dalam kempen #NothingWithoutYou semasa musim panas sebaik sahaja musim berakhir, City meneruskan program sama sempena Krismas lalu.

Selain lawatan ke Hospital Kanak-Kanak Diraja Manchester oleh para pemain dan Pep Guardiola untuk memberi kejutan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik, City in the Community turut memberi kejutan kepada beberapa peminat tegar Manchester City yang setia menyokong kelab kesayangan mereka dengan paparan kisah berbeza.

Kisah pertama membawa kepada Barry yang mengalami masalah penglihatannnya yang semakin hilang dan telah banyak berkorban untuk keluarganya.

City telah memberi kejutan membawanya menonton perlawanan di Stadium Etihad dan diraikan oleh duta rasmi City, Mike Summerbee. Ia jelas hari sukar dilupakan buat Barry apabila City meraih kemenangan 4-1 ke atas Tottenham Hotspur dan akan kejap di memorinya sebelum penglihatannya hilang buat selama-lamanya!

Kisah kedua, membawa pemain legenda City, Shaun Goater bersama Fernandinho dan Eliaquim Mangala ke kediaman Steve, peminat tegar City dengan memberi hadiah terindah Krismas ‘ManCave’.

Steve yang didiagnosis dengan kanser paru-paru yang tidak sembuh meniti hari-hari terakhirnya dengan mengetahui rasa kasihnya kepada City selama ini berbalas oleh kelab!

Sementara kisah ketiga membawa kepada Yvonne yang merupakan pemegang kad bermusim bersama suaminya dan tidak pernah terlepas menonton perlawanan City sejak beberapa dekad.

Namun Yvonne yang kehilangan suaminya akibat kanser berhenti hadir ke perlawanan kerana sukar melupakan segala kenangan bersama suami tersayang.

Pemain legenda City, Paul Dickov memberi kejutan dengan mempelawa Yvonne kembali ke Stadium Etihad bersama keluarga dan rakan dengan layanan khas serta menyaksikan perlawanan dalam kemenangan 4-0 ke atas Bournemouth.

Malah beliau turut dikejutkan dengan Mangala yang jelas menjadi pemain City yang sesiapa sahaja mudah jatuh cinta!

City ternyata bukan sahaja mengharga para peminat mereka malah peminat dari pasukan lawan. Rakaman kemenangan dramatik Bristol City di suku akhir Piala Carabao ke atas juara bertahan, Manchester United dengan aksi pengurus pasukan, Lee Johson berlari dan mendukung 'budak bola' (ball boy), Jaden Neale menjadi tular di media.

Bersempena perlawanan semifinal pertama Bristol City bertandang di Stadium Etihad, pihak kelab telah menjemput Jaden dan keluarganya sebagai tetamu khas kelab sebagai tuan rumah. Jaden, 10 tahun ternyata mempunyai cerita tersendiri dan City ingin memberikan hadiah 'hari istimewa'.

Kakak Jaden telah didiagnosis penyakit nadir 'dermatomycsitis' yang membawanya di kerusi roda dan ibunya pula telah dimaklumkan pihak doktor menghidap kanser payudara yang agresif dan memerlukan rawatan kemoterapi dan kini dalam proses pemulihan. Bukan itu sahaja, pada tahun sama bapa saudara Jaden meninggal dunia dengan tragik akibat tekanan dengan membunuh diri.

Image result for ball boy jaden

Jaden bersama ibunya Laura, abang dan bapanya telah dilayan khas menonton perlawanan dan berpeluang bertemu Pep Guardiola dan para pemain. Walaupun pasukan kesayangannya, Bristol City tewas 2-1 namun ia tetap hari yang indah dan sukar dilupakannya. Sesungguhnya cinta itu tanpa sempadan dan tiada salah menunjukkannya kepada lawan!

Cinta Sahabat dan Keluarga

Salah satu rahsia City mencapai prestasi mendadak dengan rekod demi rekod dicatat sehingga kini termasuk rekod baru 18 kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris, catatat 102 gol liga sepanjang 2017, 26 tanpa kalah di semua perlawanan tahun 2017 dan banyak lagi adalah hasil keserasian antara para pemain dalam skuad dan semangat berpasukan.

Image result for manchester city players 2017/18 smile

Meskipun kadang-kadang media cuba mengeruhkan keadaan dan membesar-besarkan perkara kecil dalam bilik persalinan pakaian namun ia tetap tidak menggugat dan menafikan hubungan erat sesama para pemain yang sedia terjalin.

David Silva yang pada mulanya diandaikan dengan beberapa andaian oleh media dan para peminat berikutan ketidakhadirannya dalam beberapa perlawanan akhirnya mendedahkan beliau terpaksa bersama keluarga selepas pasangannya, Yessica Suarez Gonzales melahirkan anak lelaki mereka pramatang (tidak cukup bulan) dan bergelut untuk hidup yang sedang menerima rawatan di Sepanyol.

Pep Guardiola dan kelab telah membenarkan Silva untuk bersama keluarganya di saat-saat genting dan kembali bermain bila dirasakan. Malah selepas kemenangan 3-1 ke atas Watford Pep menegaskan meskipun kelab memerlukan khidmat Silva, namun keluarga menjadi keutamaan dan lebih penting.

Walaupun cinta Merlin kepada kelab tidak diragui, namun cinta kepada keluarga adalah lebih utama!

Semasa kemenangan 4-1 ke atas Spurs, Kevin De Bruyne telah mendedikasikan golnya kepada Silva dengan isyarat tangan 21. Meskipun pada bulan Oktober, sempat dirakamkan Kevin naik suara seusai kemenangan 2-1 melawan Napoli ketika Silva cuba menenangkannya namun hubungan mereka jelas tetap utuh.

Related image

Ketika menjelaskan peristiwa tersebut, De Bruyne mengatakan: “Ia hanyalah diskusi kecil dan telah dilupakan, malah kadang-kadang ia turut berlaku dengan isteri saya!

Image result for de bruyne and silva small talk

Lagikan lidah lagi tergigit, begitu juga suami isteri dan antara dua sahabat akrab.

Perkara sama berlaku selepas Raheem Sterling menjaringkan gol pembuka dalam kemenangan 3-1 ke atas Watford yang merupakan gol terpantas Liga Perdana Inggeris musim ini  yang dicatat hanya selepas 39 saat perlawanan bermula, beliau turut mendedikasikan gol tersebut kepada rakan sepasukan, Gabriel Jesus.

Image result for raheem sterling dedicate goal to gabriel jesus

Gabriel yang cedera semasa menentang Crystal Palace dan tidak dapat bermain sehingga dua bulan kelihatan teresak-esak menahan sebak semasa meninggalkan padang begitu kecewa tidak dapat membantu pasukan.

Related image

Hanya seorang sahabat dapat memahami hati seorang sahabat.

Walaupun hanya sekadar isyarat, perkataan, kelakuan atau hadiah 'kecil' ia cukup besar buat diri seseorang yang kekal sebagai kenangan indah.

Sesungguhnya, cinta mengatasi segalanya kerana dalam bola sepak Bukan Semuanya Tentang Bola!

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Saya bertuah dapat melatih pasukan ini

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi ke Wembley tundukkan Bristol

Aguero v Bristol Carabao Cup

Gol minit akhir masa tambahan Sergio Aguero bawa kemenangan 2-1 ke atas Bristol City dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao.

Laporan perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao Man City lawan Bristol City.

Previu Perlawanan

Piala Liga: Semifinal 1

City v bristol

Manchester City hanya dua langkah lagi untuk ke final Piala Liga musim ini di Wembley namun perlu melepasi halangan Bristol City di separuh akhir.