quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep dan Otamendi calon anugerah EPL bulan Disember

Pep Otamendin EPL

Pep Otamendin EPL

Manchester City sekali lagi tersenarai untuk anugerah bulanan Liga Perdana Inggeris berikutan prestasi memberangsangkan bulan Disember 2017.

Pep Guardiola dicalonkan buat kali keempat musim ini untuk anugerah Pengurus Terbaik selepas membawa City menang enam perlawanan dan satu seri perlawanan Liga Perdana sepanjang bulan lalu termasuk kemenangan 2-1 ke atas Manchester United di Old Trafford dan membenamkan Tottenham Hotspur 4-1 di Stadium Etihad.

Bos City sudah merangkul anugerah sama sebanyak tiga kali berturut-turut musim ini dan dijangka akan meraihnya buat kali keempat.

Barclays Manager of the Month shortlist

Selain Pep turut tercalon adalah Sam Allardyce (Everton), Antonio Conte (Chelsea), Jurgen Klopp (Liverpool), Mauricio Pochettino (Spurs) dan Roy Hodgson (Crystal Palace).

Sementara itu Nicolas Otamendi yang disifatkan oleh Pep sebagai ‘superman’ atas persembahan permainannya yang cemerlang telah dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik.

Nominees for EA SPORTS Player of the Month

Selain Otamendi turut tercalon adalah Marcos Alonso (Chelsea), Marko Arnautovic (West Ham United), Roberto Firmino (Liverpool), Harry Kane(Tottenham Hotspur), Jesse Lingard (Manchester United), Riyad Mahrez (Leicester City), dan Mohamed Salah (Liverpool).

Anda boleh membantu Pep dengan mengundi di pautan di sini.

Manakala untuk Otamendi anda boleh mengundi di pautan ini.

Setiap kami mengucapkan tahniah untuk Pep dan Nico atas pencalonan kali ini dan semoga berjaya!

Laporan Perlawanan

City mulakan tahun baru 2018 menang lawan Watford

Previu Perlawanan

Misi bangkit semula lawan Watford

City vs Watford

City membuka lembaran Tahun Baru 2018 dengan menerima kunjungan Watford di Stadium Etihad dengan sasaran untuk kembali di laluan kemenangan.

Previu Perlawanan Liga Perdana Inggeris Man City vs Watford

Berita Pasukan Utama

Hello 2018: Kalendar Tahunan