quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Piala FA: City diundi lawan Cardiff atau Mansfield

FA Cup 4th Round

FA Cup 4th Round

City telah diundi bermain di tempat lawan sama ada Cardiff City atau Mansfield untuk pusingan ke-4 Piala FA.

City berjaya mara ke pusingan ke-4 Piala FA musim ini selepas menang bergaya 4-1 ke atas Burnley Sabtu lalu hasil dua gol Sergio Aguero dan gol Leroy Sane serta Bernardo Silva.

Image result for city 4-1 burnley fa cup celebration

Perlawanan akan berlangsung pada hujung minggu 26/27/28 dan 29 Januari dan ia hanya beberapa hari selepas perlawanan kedua separuh akhir Piala Carabao Citizens menentang Bristol City di Stadium Ashton Gate.

Cardiff City kendalian Neil Warnock diikat seri Mansfield Town 0-0 di Stadium Cardiff City pada hari Sabtu dan akan bermain semula di Field Mill pada 16 Januari ini untuk menentukan pemenangnya.

Image result for cardiff city vs mansfield fa cup

Rekod pertemuan City vs Cardiff

Sekiranya Cardiff memenangi perlawanan nanti, City akan bertandang di laman Brluebirds untuk kali kelapan dalam Piala FA, meskipun empat darinya adalah perlawanan semula.

Pada tahun 1924, City diikat seri 0-0 oleh Cardiff di Hyde Road namun Citizens menang dalam perlawanan semula 1-0 di Wales.

Kedua-dua pasukan terpaksa menunggu 36 tahun untuk bertemu semula dalam kejohanan dan perlawanan semula diperlukan untuk mencari pemenang.

Pada tahun 1960, kedua-dua pasukan seri 1-1 di Ninian Park sebelum seri sekali lagi dalam perlawanan semula di Maine Road dengan jaringan 0-0. City menang undian untuk menjadi tuan rumah perlawanan semula buat kali kedua dan berjaya mengalahkan Cardiff 2-0.

Image result for cardiff city celebration 2017/18

Pada tahun 1967, City sekali lagi seri 1-1 dengan Cardiff sebelum City kendalian Joe Mercer menang 3-1 di Maine Road.

Selepas itu kedua-dua pasukan bertemu tahun 1994 dan City disingkirkan dari kejohanan oleh Cardiff dengan jaringan 1-0.

Cardiff kini di kedudukan ketiga Liga Championship di belakang Derby County dan Wolves dalam sasaran untuk kembali dipromosi ke Liga Perdana Inggeris.

Kali terakhir City bertemu Cardiff dalam Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-2 di Stadium Etihad pada Januari 2014 di musim City merangkul kejuaraan.

Image result for cardiff city vs man city 2014

Rekod pertemuan City vs Mansfield

City dan Mansfield belum pernah bertemu dalam Piala FA, tapi dalam dua pertemuan di kejohanan lain.

Pada tahun 1964, Mansfield menewaskan City 5-3 di Maine Road dalam Piala Liga dan tahun 1975, Citizens menundukkan Mansfield 4-2 di Maine Road.

Kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi tahun 1998 dengan Mansfield menang 2-1 dalam kejohanan Auto Windscreens Trophy.

Image result for mansfield town celebration 2017/18

City belum pernah bermain di Field Mill dalam mana-mana perlawanan kompetitif yang mempunya kapasiti 9, 186 penonton.

Pasukan bimbingan Steve Evans kini di kedudukan ketujuh Liga Dua (League Two) berkongsi mata dengan Lincoln City, Wycombe dan Stanley.

Image result for fa cup

Keputusan Undian Penuh

Liverpool v West Brom

Peterborough v Fleetwood/Leicester

Huddersfield Town v Birmingham City

Notts County v Wolves/Swansea

Yeovil Town v Manchester United

Carlisle/Sheffield Weds v Stevenage/Reading

Cardiff/Mansfield Town v Manchester City

Norwich/Chelsea v Newcastle

Sheffield United v Preston North End

Hull City v Nottingham Forest

Newport County v Tottenham

Middlesbrough v Brighton/C Palace

Bournemouth/Wigan v Shrewsbury/West Ham

Millwall v Rochdale

Southampton v Watford

MK Dons v Coventry

Galeri Foto

City bangkit mara ke pusingan keempat Piala FA!

Galeri Foto

City bangkit mara ke pusingan keempat Piala FA!

Galeri Foto

City bangkit mara ke pusingan keempat Piala FA!