quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Otamendi setuju kekal di City hingga 2022

SIGNED: Nico has committed his long-term future to City

SIGNED: Nico has committed his long-term future to City

Nicolas Otamendi bersetuju melanjutkan kontraknya di City sehingga tahun 2022.

Pemain pertahanan Argentina itu begitu menyerlah musim ini dengan hanya terlepas bermain untuk City dari 23 perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini.

Beliau telah tampil sebanyak 118 kali buat kelab di kesemua kejohanan sejak berpindah dari Valencia di mana beliau sempat menghabiskan masa selama satu musim selepas bersama Porto untuk empat musim.

Related image

“Saya amat gembira berada di City semenjak hari pertama saya tiba di sini daya amat gembira untuk melanjutkan kontrak saya di sini untuk beberapa tahun lagi.

“Sasaran saya hanyalah untuk membantu pasukan dan memberi segala yang boleh untuk kelab ini. Saya sedang belajar setiap hari di bawah Pep dan menikmati permainan saya dan saya merasakan saya dapat memperbaiki lagi diri saya sebagai pemain.

Image result for nicolas otamendi and pep guardiola

“Saya seorang yang rapat dengan keluarga dan suka berada di rumah menghabiskan masa bersama mereka dan suka kehidupan saya di Manchester dan sudah menyesuaikan diri di sini.

“Ia satu kota yang indah dan saya amat gembira berada di sini.”

Nicolas telah menandatangani kontak lima tahun bersama City pada tahun 2015 dan menjadi pemain kegemaran peminat terutama sejak setahun lalu yang begitu cemerlang, dengan menyumbangkan lima gol musim ini dari tujuh gol keseluruhan termasuk gol untuk menjamin 2-1 di Old Trafford.

Selepas mengadaptasi dengan jenama bola sepak Pep Guardiola yang mengujakan, bermain di posisi pertahanan, Otamendi yang mendapat jolokan nama ‘The General’ kini menduduki tempat teratas dalam senarai hantaran sempurna dengan 2033 hantaran hingga kini, hampir 400 melebihi dari pemain pertahanan seterusnya.

Pada usia 29 tahun, Otamendi akan berusia 34 tahun apabila kontrak baru ini akan berakhir.

Image result for nicolas otamendi and pep guardiola

Dengan 61 kali mewakili negaranya, beliau merupakan antara pemain penting untuk skuad Argentina dalam Piala Dunia musim panas ini.

Prestasinya yang konsisten sepanjang kempen musim ini telah membawanya dinobat sebagai Pemain Terbaik Etihad bagi bulan Disember.

Image result for nicolas otamendi and family

Beliau juga telah turut tercalon untuk anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris buat pertama kali dalam bulan yang sama.

Laporan Perlawanan

Liverpool lebur rekod tanpa kalah City di Anfield

​CLOSE: Sergio Agüero looks on after going inches from converting Kevin De Bruyne's cross.

Kebangkitan di minit-minit akhir perlawanan tidak cukup untuk menyekat City dari mengalami kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini di tangan Liverpool dengan jaringan 4-3 di Anfield.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris Liverpool 4 Man City 3

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi ke Wembley tundukkan Bristol

Aguero v Bristol Carabao Cup

Gol minit akhir masa tambahan Sergio Aguero bawa kemenangan 2-1 ke atas Bristol City dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao.

Laporan perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao Man City lawan Bristol City.

Previu Perlawanan

Piala Liga: Semifinal 1

City v bristol

Manchester City hanya dua langkah lagi untuk ke final Piala Liga musim ini di Wembley namun perlu melepasi halangan Bristol City di separuh akhir.