quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola tabik atas permainan City yang mantap

​PEP WATCH: The manager observes from the touchline.

​PEP WATCH: The manager observes from the touchline.

Pep Guardiola memberi pujian istimewa untuk para pemainnya selepas menewaskan West Brom 3-0 untuk menambah jarak 15 mata di puncak Liga Perdana Inggeris.

City turut mencatat 101 gol dalam kemenangan ke-12 berturut-turut di laman sendiri dalam saingan liga musim ini.

Kemenangan tersebut diraih melalui hasil gol pertama dari Fernandinho diikuti gol kedua oleh Kevin De Bruyne dan ketiga oleh Sergio Aguero di Stadium Etihad.

City mendominasi permainan dari awal hingga akhir dan bos City mengakui yang beliau tidak lekang dengan rasa kagum atas cara para pemainnya bermain.

“Bila anda lihat jumlah gol musim ini, anda berfikir, ia mustahil,sukar dipercayai.” ujar Pep.

Image result for pep guardiola city 3-0 west brom

“Namun kami mencipta begitu banyak peluang. Ia seronok menyaksikannya. Tapi kami akan hadapi perlawanan sukar di tempat lawan menentang Burnley hujung minggu ini. Kemudian kami ada sedikit lebih masa untuk pulih.

“Kami masih perlu menang lapan perlawanan untuk menjadi juara Liga Perdana Inggeris dan kami akan cuba menang perlawanan seterusnya dalam masa dua hari setengah lagi.”

Pep turut memuji pemain baru ditandatanganinya, Aymeric Laporte yang tampil buat kali pertama untuk City hanya sehari selepas pemain pertahananan Perancis itu tiba dari Athletic Bilbao.

Bek tengah itu telah mempersembahkan permainan mantap dengan tugasan pertahanan hebat dan keupayaan hantaran mengagumkan  meskipun hanya terlibat secara ringkas semasa sesi latihan bersama rakan-rakan sepasukan barunya.

COMPOSURE: Aymeric Laporte made a solid start to his City debut.

“Laporte bermain 45 minit dan sudah bermain sebegitu rupa. Ramai mengatakannya mahal – mungkin dia akan membuktikannya betapa murahnya dia!

“Hari ini, para pemain bagus amat mahal. Saya telah katakan kepada majlis tertinggi, jika anda boleh lakukan perjanjian dengan Laporte, lakukannya, jika tidak, tak perlu bimbang. Mereka kata kami boleh lakukannya pada musim panas nanti, tapi kami akan cuba lakukannya sekarang. Ia lebih mudah kerana dia ada klausa pembelian semula.”

Hanya satu yang mencacatkan malam indah di Etihad ialah David Silva selaku kapten pasukan terpaksa menamatkan perlawanan awal kerana kecederaan di bahagian pinggul sebelum masa rehat.

Pep menambah yang ia terlau awal untuknya untuk mengetahui jika Silva akan cergas dan dapat bermain melawan Bunrley Sabtu ini.

DISAPPOINTMENT: David Silva is forced off through injury in the first half.

“David menerima tendangan di bahagian yang menyakitkan. Saya tidak tahu jika dia dapat bermain dalam masa dua hari setengah lagi kerana kami akan bermain perlawanan seterusnya pada pukul 12 tengahari, tapi kita sama-sama lihat nanti.”

Laporan Perlawanan

City tambah jurang di puncak kalahkan West Brom

Berita Pasukan Utama

Mangala dipinjamkan ke Everton

Previu Perlawanan

Menghadapi cabaran Baggies

Aguero Fernandinho vs West Brom

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris dengan menerima kunjungan West Bromwich Albion untuk perlawanan ke-25 liga musim ini.