quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep gembira reaksi pasukan untuk kembali menang

JOB DONE: City go 15 points clear at the top of the Premier League.

JOB DONE: City go 15 points clear at the top of the Premier League.

Pep Guadiola melahirkan rasa gembira dengan reaksi pasukannya dalam kemenangan 3-1 ke atas Watford selepas keciciran mata di Crystal Palace.

“Ia merupakan pertama kali kami keciciran mata dalam 18 perlawanan dan anda dapat lihat reaksi pasukan.

“Kecuali untuk 15 minit pertama apabila kami tidak bermain cukup bagus, kami kehilangan bola dengan mudah dan mereka telah mencipta dua atau tiga peluang.

“Pada babak kedua, apabila kami mungkin telah kepenatan, ia berlainan sama sekali. Kami berupaya hasilkan lebih banyak gol, tapi saya gembira.

Image result for man city 3-1 watford january 2018 david silva

Bos Manchester City turut memberi perkembangan terkini tentang kecederaan para pemain termasuk Gabriel Jesus dan Kyle Walker serta tekad Kevin De Bruyne dan David Silva untuk bermain.

“Gabriel terpaksa direhatkan antara empat hingga enam minggu, atau lebih lama sedikit, tapi diharap dia akan pulih secepat mungkin.

Image result for gabriel jesus palace injury

“Berkenaan Kevin, dia mahu bermain malam ini. Dia dalam kesakitan berikutan terjahan keras diterima, namun dia mahu bermain, saya mahu dia bermain.

“Tiada yang merubah pandangan saya tentang kualitinya, setiap orang tahu tentang kualitinya. Kevin mahu bermain. Setiap orang akan cuba mengikut keinginannya.

Image result for kevin de bruyne palace injury

“Kami gembira David Silva kembali bersama kami. Kami tidak tahu berapa lama dia akan bersama kami, tapi anda telah lihat hari ini betapa pentingnya dia untuk kami.

“David bebas untuk berada di sini atau kembali ke Sepanyol bila dia perlu. Ia bergantung pada keadaan.

“Dia mahu tinggal di sini dan membantu kami kerana dia ingin bermain untuk City, tapi keluarga adalah yang paling penting dalam hidup. Saya tidak pernah mendesaknya. Jika kami keciciran mata kerana dia tidak bersama kami, biarkanlah - keluarga adalah segalanya dan mesti menjadi keutamaan.”

Related image

Ketika ditanya tentang keadaan Walker yang kelihatan tidak selesa semasa meninggalkan gelanggang setelah menerima hantukan.

“Kami akan memeriksa lanjut keadaan Kyle, apa yang saya saksikan sejak beberapa minggu ini betapa ramai para pemain cedera. Kami boleh ‘membunuh’ mereka. Pihak FA (Persatuan Bola Sepak England) perlu bertindak.

Image result for kyle walker man city 3-1 watford

“Saya tahu permainan perlu diteruskan, tapi ini tidak normal. Mereka mengawal kami, tapi kami tidak melindungi para pemain. Orang ramai datang untuk menonton aksi para pemain dan terhibur dengan persembahana mereka, tidak para pengurus dalam siding media atau para wartawan yang menulis tentang perlawanan.

“Di England, anda tidak melindungi para pemain. Anda tidak boleh bermain setiap dua hari sekali. Anda tidak perlu merubah jadual perlawanan di musim perayaan, Boxing Day dan seterusnya, tapi anda tidak boleh bermain sebelah pagi di Selhurst Park, pulang, raikan Tahun Baru dan kemudian bermain semula dua hari kemudian.

“Permainan perlu diteruskan dan kami cuba – para pakar fisio, doktor, pakar nutrisi – untuk melindungi mereka. Tradisi adalah tradisi, tapi kami perlu berfikir tentang hal tersebut sedikit.

“Para pemain adalah artis dan mereka adalah sebabnya kita semua di sini.”

Previu Perlawanan

Misi bangkit semula lawan Watford

City vs Watford

City membuka lembaran Tahun Baru 2018 dengan menerima kunjungan Watford di Stadium Etihad dengan sasaran untuk kembali di laluan kemenangan.

Previu Perlawanan Liga Perdana Inggeris Man City vs Watford

Berita Pasukan Utama

Hello 2018: Kalendar Tahunan

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami cuba pecah rekod sendiri musim depan

PENSIVE: Pep's was the face of concentration ahead of the game at Selhurst Park.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata yang Gabriel Jesus terpaksa direhatkan satu hingga dua bulan selepas mengalami kecederaan dalam hasil seri 0-0 dengan Crystal Palace.

Reaksi Pep Guardiola Palace 0 City 0