quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Saya bertuah dapat melatih pasukan ini

​MASTERMIND: Pep Guardiola celebrates as substitute Sergio Agüero scores a late winner.

​MASTERMIND: Pep Guardiola celebrates as substitute Sergio Agüero scores a late winner.

Pep Guardiola memberi pujian melambung atas semangat tanpa menyerah kalah pasukan selepas mengejar dari belakang menang 2-1 ke atas Bristol City.

Pasukan kendalian Lee Johnson yang menyasarkan untuk dipromosi ke Liga Perdana Inggeris musim depan terbukti menjadi lawan antara paling mencabar musim ini buat Manchester City.

Namun gol lewat perlawanan Sergio Aguero menjamin kemenangan berharga buat Citizens sebelum bertandang di Ashton Gate dengan kelebihan satu gol dalam perlawanan kedua separuh akhir Piala Carabao untuk menempah tempat di final di Wembley.

Image result for man city 2-1 bristol city aguero

“Ia merupakan perlawanan bagus dan dari beberapa sudut permainan yang indah,” ujar Pep.

“Segala pujian ke atas Bristol City kerana anda tidak berupaya untuk menyingkirkan empat pasukan Liga Perdana Inggeris (Watford, Stoke City, Palace dan Manchester United) dari kejohanan  tanpa para pemain penting. Mereka satu pasukan menarik untuk ditonton.

“Para penyerang mereka mempunyai pergerakan bagus dan semangat untuk bermain. Perlawanan amat bagus untuk kedua-dua belah pasukan dan untuk para penyokong kedua-dua pasukan.

“Kedua-dua pasukan telah cuba untuk bermain, bersaing dan mencipta banyak peluang. Mereka hampir di kedudukan teratas dalam Liga Championship dan saya amat menghormati atas apa yang mereka telah lakukan.

Image result for man city 2-1 bristol city pep lee johnson

“Perlawanan separuh akhir sentiasa mencabar. Amat rumit. Ketika kami ketinggalan 0-1, ia segalanya tentang bagaimana kami bereaksi. Saya orang bertuah dapat melatih para pemain yang saya ada.

“Saya tidak tahu apa akan berlaku dalam perjalanan musim ini, tapi saya amat menghormati para pemain saya kerana dengan jadual yang padat mereka lakukan apa sahaja mereka mampu.

Image result for man city 2-1 bristol city aguero

“Setiap perlawanan mereka bermain, mereka memberi segala yang mereka ada.

“Tanpa semangat tersebut, anda tidak boleh memenangi piala mana-mana kejuaraan di dunia. Ia mudah menangani situasi-situasi dalam saat-saat bagus. Tapi dalam saat-saat tidak baik, ia tentang bagaimana anda bertindak balas, dan saya cukup gembira dengan reaksi para pemain saya.

“Para peminat City di sini dan di seluruh dunia patut merasa bangga dengan segala yang mereka telah lakukan sehingga kini, kekal cekal dan berjuang hingga ke akhirnya.

Image result for man city 2-1 bristol city aguero

“Di Bristol nanti ia akan mencabar. Kami telah mengalaminya semasa di Huddersfield musim lalu dan semasa menentang Wolves di sini. Saya dapat bayangkan jika kami ke Cardiff atau Mansfield dalam Piala FA, ia juga akan mencabar.

“Kami perlu pergi ke Ashton Gate dengan mencuba mempersembahkan permainan terbaik dan sampai ke final.”

Image result for man city 2-1 bristol city aguero

Bos City turut mendedahkan yang beliau merasakan perlu merehatkan Sergio Aguero (diletakkan di bangku simpanan) kerana beliau satu-satunya penyerang City yang cergas kini.

“Sergio telah bermain banyak perlawanan. Gabriel cedera. Kami perlu melindunginya sedikit dan kini dia begitu berbisa dengan menjaringkan gol-gol. Dalam hidupnya dia telah menjaringkan banyak gol.”

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi ke Wembley tundukkan Bristol

Aguero v Bristol Carabao Cup

Gol minit akhir masa tambahan Sergio Aguero bawa kemenangan 2-1 ke atas Bristol City dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao.

Laporan perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao Man City lawan Bristol City.

Previu Perlawanan

Piala Liga: Semifinal 1

City v bristol

Manchester City hanya dua langkah lagi untuk ke final Piala Liga musim ini di Wembley namun perlu melepasi halangan Bristol City di separuh akhir.

Galeri Foto

City bangkit mara ke pusingan keempat Piala FA!