quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aymeric Laporte sertai City dari Athletic Bilbao

Laporte signs for Man City

Laporte signs for Man City

Manchester City sukacita mengumumkan menandatangani bek tengah Perancis, Aymeric Laporte.

Pemain pertahanan berusia 23 tahun itu menyertai kelab dari Athletic Bilbao sebagai pemain keenam ditandatangani Pep Guardiola untuk musim 2017/18 untuk kontrak lima tahun sehingga 2023.

Diiktiraf sebagai salah pemain pertahanan muda meningkat naik di Eropah, Laporte akan menyarung jersi No. 14 dan tidak sabar untuk membantu Citizens dalam buruan piala-piala.

Laporte with Txixi

“Saya amat gembira untuk berada di sini, City merupakan satu kelab yang mempunyai banyak cita-cita dan mereka merupakan salah satu kelab terbaik di Eropah buat masa ini.

“Saya tidak sabar untuk bekerja di bawah bimbingan Pep Guardiola dan cuba membantu kelab mencapai kejayaan.

“Ia amat bermakna buat saya yang kelab ini menunjukkan kepercayaan pada diri saya, dan saya teruja untuk memulakannya.”

Laporte merupakan pemain pertahanan berkaki kidal, dikenali dengan sikap tenang, bertenaga dan keupayaan hantarannya.

Related image

Beliau memulakan karier seniornya bersama Bilbao pada tahun 2012 selepas mewakili pasukan B dan menimba pengalama bersama pasukan utama dengan CD Basconia.

Pada peringkat remaja, beliau memulakan kerjayanya bersama pasukan bola tempat kelahirannya, Club SU Agen dan pasukan Perancis Bayonne sebelum berpindah ke Sepanyol.

Related image

Dikagumi dengan kemahirannya dan potensi yang ada padanya, Bilbao cepat mendapatkan khidmatnya dan kemudian menjadi pemain yang kerap diturunkan dalam kesebelasan utama. Secara keseluruhan, beliau tampil sebanyak 222 kali untuk kelab dengan menjaringkan 10 gol.

Bermain di posisi pertahanan kiri, pemain muda Perancis ini telah dinamakan dalam Pasukan Terbaik La Liga 2013/14. Pada kempen musim 2015/16 beliau telah membantu Bilbao menjuarai Supercopa de Espana, piala utama pertama diraih pasukan sejak 31 tahun.

Related image

Txixi Begiristain, Pengarah Bola Sepak City berkata: “Kami berbesar hati menandatangani Aymeric.

“Kami telah mengkaji pilihan para pemain pertahanan yang ada dan beliau merupakan seorang pemain yang kami kagumi sejak sekian lama.

Image may contain: one or more people, people standing and sky

“Dengan kualiti dan keupayaannya bermain di mana-mana bahagian pertahanan, kami merasakan Aymeric amat sesuai dengan gaya permainan Pep Guardiola.”

Setiap kami di Manchester City mengalu-alukan kedatangan Aymeric ke kelab dan mengharapkan yang terbaik atas kembara barunya di sini di Stadium Etihad. Bienvenue Aymeric! Selamat datang Aymeric!

Bacaan Lanjut

Aymeric Laporte; 9 perkara yang anda perlu tahu

Guardiola: Kami gembira tandatangani Laporte

Berita Pasukan Utama

City diundi bertemu Wigan pusingan kelima Piala FA

Berita Pasukan Utama

Laporan kecederaan Leroy Sane

SORE: Leroy Sané on the receiving end of a nasty challenge.

Manchester City sahkan pemain sayap, Leroy Sane mengalami kecederaan kerosakan ligamen buku lali semasa kemenangan ke atas Cardiff City dalam Piala FA.

Berita Pasukan Utama

Pep gesa lebih perlindungan selepas Sane dikasari

PEP WATCH: The manager takes his seat at the Cardiff City Stadium.

Pep Guardiola telah menggesa untuk para pegawai perlawanan di England memberi lebih perlindungan kepada para pemain selepas Leroy Sane dikasari dalam kemenangan 2-0 ke atas Cardiff City dalam pusingan kelima Piala FA.