quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami gembira tandatangani Laporte

UPDATE: Pep says Leroy Sane could face an extended period on the sidleines

UPDATE: Pep says Leroy Sane could face an extended period on the sidleines

Pep Guardiola mengesahkan Leroy Sane dijangka direhatkan akibat kecederaan enam hingga tujuh minggu menjelang perlawanan dengan West Brom di hari City menandatangani Aymeric Laporte.

Pemain sayap Jerman itu mengalami kecederaan ligamen buku lali selepas diterjah keras oleh pemain pertahanan Cardiff, Joe Bennett dalam kemenangan 2-0 di pusingan kelima Piala FA.

Dalam City bersiap untuk perlawanan penting Liga Perdana Inggeris menentang West Brom malam Khamis di Stadium Etihad, Guardiola menjangkakan Sane tidak dapat bermain buat jangka masa agak lama.

“Leroy cedera, beliau tidak dapat bermain enam hingga tujuh minggu.”

Image result for pep cardiff 0-2 city sane injury

Bos Cardiff, Neil Warnock telah mengatakan yang terjahan Bennet menunjukkan gaya permainan bola sepak England dan menegasakan supaya Guardiola dapat membiasakan diri menentang pasukan-pasukan yang mengadaptasi pendekatan berfizikal.

“Warnock lebih banyak pengalaman berbanding saya tentang bola sepak Inggeris,” ujar Guardiola.

“Dia lebih tahu dari saya. Jika dia mengatakan sebegitu, apa boleh saya kata.

Image result for pep and warnock

“Saya berada di sini sudah 18 bulan dan saya rasa bola sepak Inggeris bukan seperti ini.

“Sekali lagi, Neil lebih berpengalaman dari saya, seorang yang mempunyai karier sepenuhnya di England. Apa boleh saya kata.

“Dia telah menghabiskan seluruh kerjayanya di England, dan oleh sebab itu pandangannya adalah pandangan peribadinya.”

Mengulas ketibaan pemain baru, Aymeric Laporte yang menjadi pemain keenam ditandatanganinya sejak menjadi pengurus City musim 2016/17, Pep menambah: “Kami amat mengetahui segala kemahiran dan kebolehannya.

Image may contain: 1 person

 “Dia seorang bek tengah yang berpengalaman di pentas-pentas besar dan mempunyai kemahiran-kemahiran untuk membantu kami. Dia di usia sempurna untuk bersama kami buat jangka masa panjang.

“Dia telah bermain sejak usia muda di La Liga, jadi sudah berpengalaman di tahap tinggi. Dia amat bertenaga bertarung di udara dan laju. Dia mempunyai kualiti yang bagus dan kami gembira menandatanganinya.

“Laporte boleh bermain serta-merta. Liga Perdana Inggeris satu liga yang istimewa dalam banyak sudut. Dia seorang yang bijak. Ia sentiasa sukar bagi seorang pemain baru, namun kami akan bersabar.”

* Perlawanan ke-25 Liga Perdana Inggeris, Manchester City menentang West Bromwich Albion akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Rabu, 31 Januari jam 8 malam waktu UK bersamaan oukul 4 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 831.

 

 

Berita Pasukan Utama

Aymeric Laporte: 9 perkara yang anda perlu tahu

Berita Pasukan Utama

Aymeric Laporte sertai City dari Athletic Bilbao

Berita Pasukan Utama

City diundi bertemu Wigan pusingan kelima Piala FA