quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep:Kami akan turunkan skuad terkuat lawan Burnley

Pep Burnley FA Cup

Pep Burnley FA Cup

Pep Guardiola berjanji untuk menurunkan skuad terkuat menentang Burnley dalam pusingan ketiga Piala FA hari Sabtu ini.

Namun begitu, bos City mengakui yang beliau mengalami kekurangan pemain dengan Vincent Kompany, Gabriel Jesus, Benjamin Mendy dan Phil Foden semuanya direhatkan akibat kecederaan.

Guardiola turut berkata yang terdapat ketidakpastian samada David Silva akan dapat bermain melawan pasukan kendalian Sean Dyche. Pemain tengah Sepanyol itu dalam percutian khas berikutan kelahiran pramatang anak lelakinya.

“Vincent tidak dapat bermain, begitu juga Gabriel, Mendy dan Phil Foden.

“Saya tidak tahu sama ada David akan berada di sini. Kami akan menjalani sesi latihan petang nanti. Kita sama-sama lihat.

“Ia tidak mudah untuk saya menjelaskan apa yang Silva rasai. Dia telah mengeluarkan kenyataan, menerangkan apa yang telah berlaku. Saya lebih suka untuk tidak bercakap tentang perkara tersebut.

“Dia telah tunjukkan semasa di gelanggang yang dia berupaya untuk melupakan segalanya. Dia akan memutuskan jika dia mahu tinggal di sini atau pulang ke rumahnya di Sepanyol.

“Kami akan cuba menurunkan pasukan terbaik kami yang boleh.

“Jadual kekal seperti biasa. Apa yang telah saya katakana selepas perlawanan menentang Watford adalah bukan tentang masa Krismas atau Boxing Day. Saya sukakannya.

“Tapi semua doktor dan pakar fisio di seluruh dunia berkata anda tidak boleh pulih selepas 48 jam, ia memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari pada tahap pertandingan seperti ini.

“Semua pengurus telah memberi pandangan kami tentang banyak isu. Kami akan bermain esok dan jika jadual mengatakan anda perlu bermain setiap dua hari, kami akan lakukannya.”

Bos City turut berkata yang beliau amat menghormati Burnley yang kini berada di kedudukan tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris.

Image result for pep guardiola and sean dyche

Mereka hanya kalah dua kali di tempat lawan sepanjang musim ini dan hanya bolos 19 gol dari 22 perlawanan liga.

Guardiola percaya Dyche dan para pemainnya berhak mendapat pujian atas permainan mereka sehingga kini, tapi menegaskan dia mendambakan City untuk kekal bersaing dalam kesemua empat kejuaraan musim ini.

“Apa yang beliau (Dyche) lakukan dan apa yang mereka (Burnley) lakukan setakat ini mengagumkan.

“Selepas lima hingga enam pencabar terkuat Liga Perdana, berikutnya adalah Burnley.

“Ia satu undian sukar buat kami, tapi sudah tentu kami mahu terus layak seterusnya dalam kejohanan ini.”

* Perlawanan menentang Burnley untuk pusingan ketiga Piala FA akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 6 Disember jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 11 malam waktu tempatan Malaysia.

Laporan Perlawanan

City mulakan tahun baru 2018 menang lawan Watford

Previu Perlawanan

Misi bangkit semula lawan Watford

City vs Watford

City membuka lembaran Tahun Baru 2018 dengan menerima kunjungan Watford di Stadium Etihad dengan sasaran untuk kembali di laluan kemenangan.

Previu Perlawanan Liga Perdana Inggeris Man City vs Watford

Berita Pasukan Utama

Hello 2018: Kalendar Tahunan