quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Perlawanan mencabar menanti di Cardiff

FA CUP FOCUS: Pep Guardiola addresses the media ahead of Cardiff City.

FA CUP FOCUS: Pep Guardiola addresses the media ahead of Cardiff City.

Manchester City tanpa kecederaan baru menjelang perlawanan pusingan keempat Piala FA di Cardiff Ahad ini.

Kyle Walker pada mulanya bergelut dengan kecederaan berikutan pelanggaran dengan pemain Bristol City dalam perlawanan separuh akhir Piala Carabao Selasa lalu dikhabarkan Pep Guardiola dalam keadaan baik dan dalam senarai pemilihan skuad.

Benjamin Mendy, Phil Foden, Gabriel Jesus dan Fabian Delph kekal direhatkan akibat kecederaan.

Ketika ditanya tentang kecederaan baru, Guardiola menegaskan: “Tidak, setiap pemain baik.

Image result for kyle walker injury v bristol city

“Walker bagus. Dia bernafas!”

Cardiff kini di kedudukan tangga ketiga Liga Championship hanya dua mata untuk dipromosi secara automatik ke Liga Perdana Inggeris musim depan, meskipun kalah empat dari enam perlawanan terakhir mereka.

Neil Warnock, pengurus Cardiff City berjaya membentuk satu pasukan yang bekerja keras dengan gaya permainan mereka membuahkan hasil.

Image result for Neil Warnock cardiff players

Guardiola berkata beliau telah menyaksikan perlawanan semula pusingan ketiga antara Cardiff menentang Mansfield dan menjangkakan pertembungan mencabar berbentuk fizikal.

“Saya telah saksikan Mansfield lawan Cardiff dan menyedari serta merta cara mereka bermain, mereka melakukanya dengan bagus sekali.

“Para pegawai saya lebih tahu dari saya. Mereka sekarang di kedudukan ketiga Liga Championship. Kami akan bermain di tempat mereka. Ia pasti sukar.

Image result for mansfield vs cardiff

“Kami tahu sejelasnya bagaimana rumitnya perlawanan nanti. Musim lalu semasa menentang Huddersfield, kami perlu bermain semula. Ia satu pasukan di prestasi terbaik mereka, para pemain berfizikal tinggi, hebat dalam 'set-pieces dan agresif ketika satu lawan satu.

“Kami perlu bertahan jauh dari gawang kerana jika kami bertahan berhampiran petak penalti mereka amat kuat.”

 

* Perlawanan pusingan keempat Piala FA antara Manchester City dengan Cardiff City akan berlangsung di Cardiff City Stadium pada hari Ahad, 28 Januari jam 4 petang UK bersamaan pukul 12 tengah malam waktu Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 817/846 HD.

Berita Pasukan Utama

Piala FA: City merentasi sejarah

Galeri Foto

Piala Liga: Wembley kami datang!

Berita Pasukan Utama

Pep teruja City berjaya ke final di Wembley