quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Piala FA: City merentasi sejarah

FA Cup Man City  History

FA Cup Man City History

Manchester City kembali dalam aksi Piala FA hujung minggu ini di pusingan keempat menentang Cardiff City dari Liga Championship.

Menjelang perlawanan dalam kejohanan bola sepak tertua di dunia dan paling banyak cerita, kami meninjau sejarah Piala FA membabitkan kelab kita.

City mara ke pusingan keempat Pial FA musim ini selepas menyingkirkan Burnley di pusingan ketiga 4-1 di Stadium Etihad.

Rekod kejohanan

Kita telah menjulang trofi Piala FA sebanyak lima kali: 1904, 1934, 1956, 1969, 2011.

Image result for man city fa cup 1904

Dan kita juga kalah lima kali dalam perlawanan akhir dan menjadi naib juara: 1926, 1933, 1955, 1981, 2013.

Penampilan 10 kali dalam perlawanan akhir tersebut selepas 13 kali berjaya sampai ke separuh akhir, bermakna kita bernasib cerah di peringkat empat terakhir.

 

Detik awal 

Bermain di Ardwick, City menyertai Piala FA pada musim 1890/91 dan memulakannya dengan cemerlang apabila meraih kemenangan 12-0 ke atas Liverpool Stanley di laman sendiri.

Perlawanan tersebut kekal sebagai perlawanan dengan jaringan tertinggi kelab dalam sejarah Piala FA.

Selepas  itu, City memasuki pusingan pertama enam musim kemudiannya namun tersingkir dari kejohanan kalah 6-0 kepada Preston North End.

Related image

Kemenangan pertama kejohanan datang datang pada musim 1897/98 dengan mengalahkan Wigan County 1-0 yang membawa City ke pusingan kedua sebelum tewas kepada Bolton Wanderers.

Kejuaraan pertama

Billy Meredith merupakan hero ketika City menjulang Piala FA buat kali pertama. Pemain asal Wales itu menjaringkan gol tunggal kemenangan di Crystal Palace dalam City menumpaskan Bolton Wanderers di perlawanan akhir di hadapan 61, 374.

City menewaskan Sunderland, Woolwich Arsenal, Middlesborough dan Sheffield Wednesday dalam laluan ke final.

Image result for man city fa cup king george

Kekalahan pertama perlawanan akhir

Bolton membalas dendam kekalahan mereka selepas 22 tahun dengan bermain di hadapan 91, 545 penonton di Stadium Wembley. Mereka menang dengan jaringan sama 1-0 melalui gol David Jack.

Final bersejarah

Dalam perlawanan akhir tahun 1956, ia memahat cerita keberanian penjaga gol City yang tersohor, Bert Trautmann.

City berjaya mengalahkan Birmingham City 3-1 untuk menjulang Piala FA buat kali ketiga, namun bekas tentera Jerman menjadi tajuk utama berita.

Image result for bert trautmann fa cup

Pelanggaran keras dengan penyerang Birmingham, Peter Murphy telah membawa Trautmann tidak sedarkan diri, namun beliau akhirnya bangun dan meneruskan permainan dengan menahan sakit.

Trautmann kemudiannya melakukan beberapa penyelamatan penting sebelum didedahkan yang beliau sebenarnya patah leher.

Related image

Sejarah terkini

City kali terakhir menjulang Piala FA tahun 2011, selepas jaringan gol kemenangan Yaya Toure ke atas Stoke City membawa kelab merangkul piala utama selepas penantian 35 tahun.

Image result for yaya toure stoke

Dua tahun kemudian City dikalahkan Wigan Athletic di perlawanan akhir dengan tandukan Ben Watson di minit pertama masa tambahan.

Salah satu perlawanan paling diingati dalam kejohanan ini adalah kemenangan 4-3 di Tottenham Hotspur dalam pusingan keempat tahun 2004.

City ketika itu ditinggalkan 0-3 pada separuh masa pertama dan tampak mustahil untuk bangkit apatah lagi selepas Joey Barton dibuang padang pada minit ke-45.

Namun City berjaya mengejar dari belakang melalui gol Sylvain Distin, Paul Bosveilt dan Shaun Wright untuk menyamakan kedudukan sebelum Jon Macken menanduk masuk untuk memberi kemenangan buat City.

Statistik kejohanan

Penampilan terbanyak : Mike Doyle 44

Gol terbanyak: Fred Tilson 22

Kemenangan jaringan terbanyak: 12-0 lawan Liverpool Stanley dalam pusingan kelayakan, 4 Oktober 1890

Image result for fa cup maine road 1934

Kemenangan sengit: 11-4 lawan Crystal Palace, pusingan keempat, 20 Februari 1926

Kehadiran teramai: 84, 569 lawan Stoke City, Maine Road, 3 Mac 1934

Fakta Menarik

City berhadapan dengan Everton dalam perlawanan akhir tahun 1933, dalam perlawanan pertama dii mana nombor jersi diperkenalkan buat pertama kali.

Image result for man city v everton 1933 fa cup

Everton yang memenangi perlawanan 3-0 memakai jersi nombor 1-11, manakala City pula memakai jersi nombor 12-22.

 

* Perlawanan pusingan keempat Piala FA, Manchester City menentang Cardiff City akan berlangsung di Stadium Cardiff City pada hari Ahad, 28 Januari jam 4 petang waktu UK bersamaan pukul 12 tengah malam waktu tempatan Malaysia.

 

Galeri Foto

Piala Liga: Wembley kami datang!

Berita Pasukan Utama

Pep teruja City berjaya ke final di Wembley

Laporan Perlawanan

City singkir Bristol mara ke final Piala Liga