quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep gesa lebih perlindungan selepas Sane dikasari

PEP WATCH: The manager takes his seat at the Cardiff City Stadium.

PEP WATCH: The manager takes his seat at the Cardiff City Stadium.

Pep Guardiola telah menggesa untuk para pegawai perlawanan di England memberi lebih perlindungan kepada para pemain selepas Leroy Sane dikasari dalam kemenangan 2-0 ke atas Cardiff City dalam pusingan kelima Piala FA.

Pemain sayap Jerman itu berlari sepenuh hati ke gawang lawan sebelum masa rehat di Stadium Cardiff City dalam mencari gol City seterusnya namun diterjah secara keras oleh Joe Bennett.

Pemain Cardiff itu hanya dikenakan kad kuning dengan Sane terpaksa diganti keluar pada separuh masa kedua dan akan terlepas perlawanan menentang West Brom hari Rabu ini.

Image result for cardiff 0-2 man city fa cup

Ia selepas City dinafikan gol kedua yang jelas sah hasil tendangan Bernardo Silva namun dibatalkan penjaga garisan yang merasakan Sane berdiri di posisi ofsaid menghalang pandangan penjaga gol Cardiff, Neil Etheridge.

Selepas tayangan semula, ia jelas menunjukkan Sane berdiri selari dengan pemain pertahanan Cardiff.

Guardiola mengatakan beliau boleh menerima kesilapan keputusan ofsaid tersebut namun percaya para pengadil perlawanan tidak menawarkan perlindungan yang cukup kepada para pemain.

“Sane tidak dapat bermain, saya tidak tahu berapa lama, saya bukan doktor. Esok sama-sama kita akan lihat.

“Mereka (para pegawai perlawanan) perlu melindungi para pemain.

Image result for cardiff 0-2 man city fa cup pep guardiola

“Bukan hanya para pemain saya. Semua pemain.

“Mereka (para pengadil) tugasannya untuk melindungi para pemain. Apabila berlaku kesalahan, ia adalah kesalahan, dan bila ia bahaya, ia adalah bahaya.

“Saya tidak faham mengapa gol Bernardo dibatalkan, tapi ia masih ok. Kami boleh menerimanya.

“Tapi mereka harus melindungi para pemain. Mereka perlu lakukan tugasan mereka.”

Kemenangan City tersebut bermakna mereka masih terlibat dalam empat kejuaraan.

Citizens kini berada di puncak Liga Perdana Inggeris dengan jurang 12 mata, akan menghadapi Basel di 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah dan mara ke final Piala Carabao bertemu Arsenal.

“Saya gembira dengan segalanya,” ujarnya.

PENSIVE: Pep Guardiola looks on from the bench at the Cardiff City Stadium.

 

“Ia sukar untuk datang bermain menentang pasukan dari Liga Championship yang kini mereka di kedudukan antara teratas. Apa yang mereka lakukan, mereka lakukan dengan amat bagus.

“Kami bermain banyak perlawanan dan tidak rehat, dan masih berjuang dalam setiap kejuaraan. Amat bangga.

“Tidak, kami tidak boleh menjuarai keempat-empat kejohanan.

“Ramai orang bertanya jika kami takkan kalah dalam Liga Perdana, saya telah katakan tidak, kerana kami tidak mempunyai satu skuad yang besar.

“Ramai pemain cedera, Mendy enam bulan, kami telah bermain sepanjang musim tanpa seorang bek kiri sejati.

“Namun ia bukan isu besar. Kini kami perlu pulih untuk menghadapi West Brom dan Burnley, dan selepas itu bersiap untuk Liga Juara-Juara Eropah melawan Basel.

“Perkara-perkara penting adalah apa yang akan berlaku seterusnya.

“Ia satu ilusi untuk memikirkan yang kami dapat menjuarai kesemua empat kejohanan. Dengan jadual padat sebegini ia mustahil.”

Previu Perlawanan

Pusingan keempat Piala FA

Cardiff v City FA cup

Manchester City meneruskan cabaran Piala FA dengan bertemu Cardiff City di pusingan keempat selepas menempah tempat di final Piala Liga minggu lalu.

Berita Pasukan Utama

Pep: Perlawanan mencabar menanti di Cardiff

Berita Pasukan Utama

Piala FA: City merentasi sejarah