quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami akan belajar dari kekalahan ini

PENSIVE: Pep's was the face of concentration ahead of the game at Selhurst Park.

PENSIVE: Pep's was the face of concentration ahead of the game at Selhurst Park.

Pep Guardiola akur dengan kekalahan tipis City kepada Liverpool namun puas dengan cara pasukan yang tidak pernah menyerah kalah.

Bos City mengisyaratkan kepada tiga gol yang terbolos dengan begitu cepat dalam masa sembilan minit di babak kedua sebagai kunci kekalahan pertama Citizens dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Beliau merasakan pasukannya harus belajar dari cara perlawanan berkesudahan.

Image result for liverpool 4-3 man city pep klopp

“Tahniah Liverpool atas kemenangan,” ujar Pep. “Kami tidak bermula dengan cara yang kami inginkan tapi kami melawan semula, berjaya menyamakan kedudukan dan lebih baik pada permulaan babak kedua.

“Perlawanan masih dalam kawalan kami pada saat itu untuk 15 hingga 20 minit selepas rehat, tapi selepas kami terbolos gol kedua kami perlu lebih stabil pada saat tersebut, kami tidak cukup kental.

Image result for liverpool 4-3 man city 2018

“Kami perlu belajar darinya, tapi kami terus berjuang dan menjaringkan dua lagi gol.

“Realitinya kami telah tewas dalam perlawanan dan anda perlu menerimanya dengan situasi-situasi sebegini dalam mana-mana tempoh sepanjang musim dan kami akan cuba menjadikan perasaan ini (kecewa) sependek mungkin yang boleh.

Image result for liverpool 4-3 man city aguero

“Ia amat sukar bermain di Anfield dan Liverpool bermain secara agresif, bola sepak menyerang dengan para penyokong di belakang mereka, dan meskipun kami menangani serangan balas agak bagus, selepas gol kedua , rampasan bola lemah.

“Musim Liga Perdana Inggeris itu panjang, dan kami hanya perlu fikirkan perlawanan seterusnya.

“Masih banyak perlawanan untuk dimainkan dan masih banyak perlawanan sukar menanti di hadapan. Kami harus fokus dan sudah tentu kami akan pertahankan posisi kami.

“Kini kami mempunya masa seminggu untuk pulih dan fokus kami kini hanya untuk perlawanan akan datang menentang Newcastle.”

Laporan Perlawanan

Liverpool lebur rekod tanpa kalah City di Anfield

​CLOSE: Sergio Agüero looks on after going inches from converting Kevin De Bruyne's cross.

Kebangkitan di minit-minit akhir perlawanan tidak cukup untuk menyekat City dari mengalami kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini di tangan Liverpool dengan jaringan 4-3 di Anfield.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris Liverpool 4 Man City 3

Previu Perlawanan

Misi merubah rekod buruk City di Anfield

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu menang di Anfield jika ingin juara