quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami perlu menang di Anfield jika ingin juara

Pep v Liverpool

Pep v Liverpool

Pep Guardiola mengkhabarkan berita gembira yang Gabriel Jesus akan kembali beraksi untuk perlawanan 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah semasa sidang media menjelang kunjungan ke Anfield.

Bos City mendedahkan berita tersebut kepada para wartawan di CFA petang Jumaat dalam persiapan Citizens untuk perlawanan besar menentang Liverpool pada petang Ahad ini.

Guardiola tidak mengisyaratkan sebarang kecederaan baru namun akan memeriksa lanjut keadaan para pemainnya dalam sesi latihan terakhir nanti.

Gabriel mengalami kecederaan ligamen lutut dalam perlawanan seri tanpa jaringan di Crystal Palace di ambang tahun baru 2018, namun dijangka akan kembali beraksi lebih awal.

“Gabriel berada di Barcelona minggu ini dan beritanya agak bagus. Saya rasa dalam masa dua tiga minggu lagi saya rasa dia dapat bermain melawan Basel dalam Liga Juara-Juara Eropah.”

City masih tanpa kalah dalam Liga Perdana Ingeris setakat ini musim ini (22 perlawanan) namun ramai pengulas sukarn percaya ini merupakan ujian terbesar musim ini terutamanya dengan rekod City di Anfield.

Namun bagi diri Guardiola beliau melihat perlawanan ini sebagai cabaran menyeronokkan buat pasukannya dengan menambah: “Sudah tentu jika anda ingin mencapai sesuatu yang baik dan merangkul kejuaraan anda perlu memenangi perlawanan-perlawanan sebegini.

Image result for city 5-0 liverpool

“Musim ini kami telah berupaya melakukannya namun kami masih perlu ke Anfield , ke Tottenham – terdapat masih banyak perlawanan untuk dimainkan.

“Namun Liverpol adalah satu perlawanan penting, untuk menyedari kembali jika kami mampu melakukan perkara-perkara besar musim ini, di pentas penting, dalam Liga Juara-Juara.

“Untuk melihat diri kami sendiri, bila kami tiba di Basel di peringkat kalah mati – bagaimana sikap kami? Kami telah lakukannya di Stamford Bridge, Old Trafford, dan kami akan lihat bagaimana kami akan lakukannya di Anfield Ahad ini.”

Related image

Guardiola menjangkakan Liverpool akan menyerang berdasarkan pengalamnnya lalu bertemu pasukan-pasukan di bawah kendalian Jurgen Klopp.

“Saya telah bertemu Jurgen semasa di Bayern Munich dan beliau sentiasa merupakan seorang yang cuba bermain menyerang dan tanpa takut.

“Mereka akan bermain di Anfield – saya tidak menjangka satu pasukan akan menunggu melihat apa yang akan berlaku – saya pasti dia akan cuba dan melakukan permainannya sendiri dan saya rasa ia akan menjanjikan perlawanan menarik.

Image result for pep jurgen

“Diharap kami dapat lakukan lebih baik berbanding musim lalu. Itu sasaran kami, dan untuk tunjukkan semangat berani.

“Perlawanan sebegini menunjunkkan bagaimana mentaliti anda. Hidup akan diteruskan pada hari berikutnya, kami hanya perlu mencuba dan bermain permainan kami, bermain dengan personaliti dan cuba bermain siapa diri kami.”

Image result for anfield liverpool supporters

City telah mengalami kesukaran di Anfield dalam masa lama, jadi pasukan menyasarkan untuk menamatkan nasib sama.

Citizens hanya memenangi dua perlawanan dari 50 kunjungan di kesemua kejohanan di Anfield sejak tahun 1950an. Kemenangan terakhir City dicatat pada Mei 2003 apabila Nicolas Anelksa menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1.

Pasukan Jurgen Klopp turut mencatat prestasi memberangsangkan dengan tanpa kalah semenjak bulan Oktober musim ini dan memenangi tiga perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris dan kemenangan derbi Merseyside ke atas Everton dalam pusingan ketiga Piala FA.

Related image

City, meskipun begitu menikmati rekod terbaik musim ini dan telah mengalahkan Liverpool 5-0 di Stadium Etihad pada September lalu.

Pasukan Pep Guardiola kini berada di puncak carta liga dengan jurang 15 mata dan masih belum kalah di kesemua perlawanan.

* Perlawanan menentang Liverpool akan berlangsung di Anfield pada hari Ahad, 14 Januari jam 4 petang UK bersamaan pukul 12 tengah malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Berita Pasukan Utama

Pep Guardiola catat rekod baru anugerah EPL

Berita Pasukan Utama

KDB dinamakan dalam Pasukan Terbaik UEFA 2017

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Saya bertuah dapat melatih pasukan ini