quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

De Bruyne dalam Pasukan Terbaik EA SPORTS FIFA

​LEADER: Captain Kevin De Bruyne patrols the midfield.

​LEADER: Captain Kevin De Bruyne patrols the midfield.

Kevin De Bruyne telah dinamakan dalam Pasukan Terbaik EA SPORTS FIFA 2018 yang diadakan buat pertama kali.

Pemain tengah Belgium tersebut merupakan satu-satunya pemain City dalam barisan bintang dan salah satu dari tiga pemain tengah yang termasuk N’Golo Kante dan Luka Modric.

Ini merupakan kali kedua beliau mendapat pengiktirafan atas persembahan cemerlangnya sepanjang tahun 2017 selepas dinamakan dalam Pasukan Terbaik UEFA 2017.

De Bruyne merupakan salah seorang dari 55 pemain yang disenaraipendek oleh EA SPORTS yang terdiri dari mereka yang dicalonkan atas persembahan permainan sebenar mereka pada tahun 2017.

Kesebelasan akhir muktamad telah diundi oleh senarai ahli sukan, media dan ahli-ahli komuniti EA SPORTS FIFA yang telah ditanya unuk berkongsi pasukan kegemaran mereka yang terdiri dari seorang penjaga gol, empat pertahanan, tiga pemain tengah dna tiga penyerang di Twitter dengan menggunakan hashtag #TOTYVote.

Disamping tiga pemain tengah, tiga penyerang turut didedahkan dengan Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Harry Kane terpilih.

Sementara David de Gea terpilih sebagai penjaga gol, manakala Sergio Ramos, Bonucci, Marcelo dan Dani Alves di barisan pertahanan.

 

Senarai penuh Pasukan Terbaik EA SPORTS FIFA 2018

Penjaga gol: David de Gea

Penyerang: Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Harry Kane

Pemain tengah: Kevin De Bruyne, N’golo Kante, Luka Modric

Pertahanan: Sergio Ramos, Bonucci, Marcelo, Dani Alves

Laporan Perlawanan

Liverpool lebur rekod tanpa kalah City di Anfield

​CLOSE: Sergio Agüero looks on after going inches from converting Kevin De Bruyne's cross.

Kebangkitan di minit-minit akhir perlawanan tidak cukup untuk menyekat City dari mengalami kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini di tangan Liverpool dengan jaringan 4-3 di Anfield.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris Liverpool 4 Man City 3

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi ke Wembley tundukkan Bristol

Aguero v Bristol Carabao Cup

Gol minit akhir masa tambahan Sergio Aguero bawa kemenangan 2-1 ke atas Bristol City dalam perlawanan pertama separuh akhir Piala Carabao.

Laporan perlawanan separuh akhir pertama Piala Carabao Man City lawan Bristol City.

Previu Perlawanan

Piala Liga: Semifinal 1

City v bristol

Manchester City hanya dua langkah lagi untuk ke final Piala Liga musim ini di Wembley namun perlu melepasi halangan Bristol City di separuh akhir.