quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Fernandinho tandatangani kontrak baru bersama City

DONE DEAL: Fernandinho has signed a two-year contract extension

DONE DEAL: Fernandinho has signed a two-year contract extension

Fernandinho telah menandatangani perlanjutan kontrak dua tahun dengan Manchester City untuk kekal bersama kelab sehingga tahun 2020.

Pemain tengah Brazil berusia 32 tahun itu begitu menyerlah musim ini dengan tampil sebanyak 30 kali di semua kejohanan dalam City memecah beberapa rekod baru dari permulaan musim.

Disifatkan oleh Pep Guardiola sebagai “salah seorang dari tiga pemain tengah terbaik di dunia” Fernandinho berkata gembira untuk memberi komitmen masa depannya kepada City.

Image result for fernandinho premier league trophy

“Kelab ini mempunyai masa depan yang hebat dan saya mahu menjadi sebahagian darinya selama mungkin,” ujarnya.

“Dengan Pep sebagai pengurus, saya rasa pasti kami akan memenangi banyak piala, dan paling penting, kami akan mencuba melakukannya dengan bermain menarik, bola sepak menyerang.

Image result for fernandinho premier league trophy

“Ia satu penghormatan menjadi sebahagian dari kelab ini dan saya tidak sabar untuk melihat apa yang akan berlaku dalam masa beberapa tahun lagi.”

Fernandinho tiba di City tahun 2013 selepas menghabiskan masa selama enam tahun bersama kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk.

Image result for fernandinho signs for man city

Beliau kemudian memulakan kehidupannya di City dengan bermain sebanyak 46 kali dalam kelab menjuarai Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga di bawah kendalian Manuel Pellegrini di musim pertamanya.

Image result for fernandinho premier league trophy

Sejak itu, beliau telah membantu City merangkul satu lagi Piala Liga dengan menjaringkan gol di perlawanan akhir menentang Liverpool di Wembley tahun 2016 dan turut membantu pasukan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, prestasi terbaik kelab dalam kejohanan sehingga kini.

Secara keseluruhan, beliau telah bermain sebanyak 212 kali untuk City dengan menjaringkan 19 gol.

Image result for fernandinho signs for man city

Setiap kami di City mengucapkan tahniah buat Fernandinho atas kontrak barunya dan mengharapkan yang terbaik dalam meneruskan kariernya bersama-sama kami.

Berita Pasukan Utama

Otamendi setuju kekal di City hingga 2022

Berita Pasukan Utama

De Bruyne dalam Pasukan Terbaik EA SPORTS FIFA

Laporan Perlawanan

Liverpool lebur rekod tanpa kalah City di Anfield

​CLOSE: Sergio Agüero looks on after going inches from converting Kevin De Bruyne's cross.

Kebangkitan di minit-minit akhir perlawanan tidak cukup untuk menyekat City dari mengalami kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini di tangan Liverpool dengan jaringan 4-3 di Anfield.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris Liverpool 4 Man City 3