quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City diundi bertemu Wigan pusingan kelima Piala FA

FA Cup 5th Round Wigan vs City

FA Cup 5th Round Wigan vs City

Manchester City telah diundi bertemu pendahulu Liga Satu, Wigan Athletic di laman lawan dalam pusingan kelima Piala FA.

Ia mengulangi perlawanan akhir Piala FA tahun 2013 apabila City kalah mengejut 1-0 kepada Latics di Wembley untuk mengembalikan Piala FA yang dijulang tahun 2011.

Image result for man city 0-1 wigan final FA Cup 2013 ben watson

Tandukan masuk Ben Watson di masa tambahan memberi kemenangan kepada Wigan yang menjadi perlawanan terakhir di bawah kendalian Roberto Mancini.

Related image

Setahun kemudian, luka lama kembali semula apabila Wigan yang dibimbing oleh bekas legenda City, Uwe Rosler menang 2-1 di Stadium Etihad dalam suku akhir Piala FA sebelum mereka bertemu Arsenal di semifinal.

Ia hanya selepas beberapa hari City merangkul kejuaraan Piala Liga (Capital One Cup) dengan kemenangan 3-1 ke atas Sunderland di Wembley, dan musim ini City mara ke final dan akan bertemu Arsenal.

Wigan yang sekarang ini di bawah kendalian Paul Cook di puncak carta Liga Satu (League One) dengan jarak dua mata dari Shrewsbury Town dalam sasaran kembali dipromosi ke Liga Championship.

Image result for wigan celebration paul cook

Mereka telah menyingkirkan pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan sebelumnya mara ke pusingan kelima bertemu City dengan kemenangan agregat 5-2 ke atas Bournemouth di pusingan ketiga dan menang 2-0 ke atas West Ham di pusingan keempat.

Sementara Man City pula menang 4-1 ke atas Burnley di pusingan ketiga dan mengalahkan Cardiff City 2-0 di pusingan keempat.

Image result for cardiff 0-2 man city fa cup

Perlawanan akhir Piala FA 2013 dan suku akhir 2014 merupakan hanya pertemuan kedua-dua pasukan dalam kejohanan sebelum ini.

Perlawanan pusingan kelima Wigan melawan City akan berlangsung di Stadium DW pada hari Sabtu, 17 Februari jam 3 petang UK bersamaan pukul 11 malam waktu tempatan Malaysia.

 

Berikut adalah keputusan undian penuh

Wigan vs Man City

Chelsea vs Hull City

Leicester City vs Sheffield United

West Brom vs Southampton

Brighton vs Coventry

* Huddersfield atau Birmingham vs Manchester United

* Sheffield Wednesday vs Notts County atau Swansea

* Millwall atau Rochdale vs Newport atau Spurs

 

* Perlawanan semula menentukan pasukan ke pusingan kelima pada 6-7 Februari.

Berita Pasukan Utama

Pep gesa lebih perlindungan selepas Sane dikasari

PEP WATCH: The manager takes his seat at the Cardiff City Stadium.

Pep Guardiola telah menggesa untuk para pegawai perlawanan di England memberi lebih perlindungan kepada para pemain selepas Leroy Sane dikasari dalam kemenangan 2-0 ke atas Cardiff City dalam pusingan kelima Piala FA.

Laporan Perlawanan

City ke pusingan kelima Piala FA kalahkan Cardiff

Previu Perlawanan

Pusingan keempat Piala FA

Cardiff v City FA cup

Manchester City meneruskan cabaran Piala FA dengan bertemu Cardiff City di pusingan keempat selepas menempah tempat di final Piala Liga minggu lalu.