quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

De Bruyne tandatangani kontrak baru lima tahun

SIGNED AND SEALED: KDB pens new contract

SIGNED AND SEALED: KDB pens new contract

Kevin De Bruyne telah menandatangani kontrak baru lima tahun dengan City untuk diikat bersama kelab sehingga tahun 2023.

Pemain tengah Belgium itu begitu sensasi prestasinya musim ini dan menjadi pemain tonggak pasukan dalam kempen hebat musim ini sehingga kini.

Kevin yang ditandatangani dari Wolfsburg tahun 2015 setakat ini tampil sebanyak 122 kali dengan menjaringkan 31 gol.

Image result for kevin signs for city

Tiada pemain yang membantu jaringan gol terbanyak Liga Perdana Inggeris melebihnya yang sehingga kini mencatat 38 bantuan gol semenjak kembali semula ke England.

Pada usia 26 tahun kini beliau dianggap antara pemain tengah terbaik liga dan Eropah.

Di musim ini beliau telah bermain sebanyak 32 perlawanan di kesemua kejohanan dengan menghasilkan lapan gol dan membantu 13 gol.

“Saya amat gembira menandatangani kontrak baru ini,” ujar De Bruyne.

“Sebagaimana yang telah saya katakan sebelum ini, keinginan saya sentiasa untuk kekal di sii, di Manchester City, dimana saya telah merasa seperti rumah sendiri dari hari pertama.

“Bukan sahaja kami memenangi banyak perlawanan, kami juga bermain bola sepak hebat. Ia satu keseronokan menjadi sebahagian darinya dan saya amat teruja tentang apa yang boleh kami capai dalam beberapa tahun akan datang.”

Image result for kevin de bruyne celebrate

Pengarah Bola Sepak, Txixi Begiristain menambah: “Perjanjian baru Kevin adalah berita baik untuk kelab kami.

“Beliau telah menunjukkan musim ini betapa pentingnya beliau kepada pasukan dan menjadi tonggak dalam segala yang telah kami lakukan sehingga kini.

“Kami teruja dengan komitmen masa depannya untuk jangka masa panjang terhadap Manchester City.”

Musim pertama De Bruyne di bawah Manuel Pellegrini telah menyaksikannya merangkul Piala Capital One, dan memainkan peranan penting dalam City berjaya sampai ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Related image

Kevin mengakhiri kempen musim pertamanya dengan 16 gol dari 41 perlawanan dan memahat namanya sebagai salah seorang pemain kreatif terbaik liga.

Musim lalu di bawah bimbingan Pep Guardiola, beliau telah bermain di pelbagai posisi dengan menjaringkan tujuh gol dan membantu 23 jaringan gol untuk rakan-rakan sepasukannya.

Secara keseluruhan, dia telah bermain sebanyak 122 perlawanan untuk City dengan menjaringkan 31 gol dan membantu 50 jaringan gol di kesemua kejohanan.

Bantuan jaringan gol ke-10 Liga Perdana Inggeris pada musim ini olehnya telah meletakkan dirinya sebagai pembantu jaringan terbanyak liga dan menjadi kunci City berada di puncak dengan jurang 12 mata selepas 24 perlawanan.

Nicolas Otamendi, Fernandinho dan David Silva semuanya telah melanjutkan kontrak masing-masing bersama City.

Setiap kami di kelab ingin mengucapkan tahniah kepada Kevin atas kontrak barunya.

Berita Pasukan Utama

Pep Guardiola ‘tabik’ reaksi City

PEP WATCH: The manager observes from the touchline.

Bos Manchester City berkata reaksi para pemainnya atas kekalahan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini minggu lalu paling memuaskan hatinya dalam kemenangan 3-1 ke atas Newcastle

Laporan Perlawanan

Hatrik Aguero tundukkan Newcastle di Etihad

Previu Perlawanan

Ikuti kami di Twitter!

City v Newcastle

Manchester City menyasarkan kembali di laluan kemenangan menentang Newcastle selepas kalah tipis kepada Liverpool di Anfield minggu lalu.