quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep teruja City berjaya ke final di Wembley

THE BOSS: Pep Guardiola guided City to our first final under his leadership

THE BOSS: Pep Guardiola guided City to our first final under his leadership

Pep Guardiola mengakui amat teruja dengan pasukannya menempah tempat ke perlawanan akhir pertama buat dirinya di Stadium Wembley.

Manchester City menewaskan Bristol City 3-2 dengan agregat 5-3 dalam dua perlawanan dan akan bertemu sama ada Arsenal atau Chelsea pada 25 Februari nanti.

“Kami semua amat gembira sampai ke final,” ujar Pep.

THE KING: Fresh from penning his new deal, Kevin De Bruyne caps a special week with a goal - the winner on the night!

“Untuk setiap pemain terlibat, sampai ke perlawanan akhir, kami terlah bermain satu perlawanan hebat. 

“Kami mendahului dengan dua gol dan selepas itu kami hilang kawalan, dalam perlawanan sebegini ia tidak pernha berkesudahana sehingga akhirnya, dan ia akan jadi satu pengajaran berguna untuk perlawanan Ahad depan di Cardiff dan terutamanya dalam Liga Juara-Juara Eropah.

“Kami perlu bermain sehingga 90 minit penuh. Pada separuh masa pertama, kami terlepas banyak hantaran akhir dan kami boleh jadi lebih tajam, lebih tepat, tapi saya amat gembira untuk kami semua.

“Kami telah saksikan apa yang telah berlaku selepas kami mendahului dengan dua gol. Sudah tentu, kami tahu jika kami jaringkan lebih dua gol lagi, ia menjadi lebih mudah. Selepas itu, dengan satu atau dua minit berbaki pada kedudukan 2-2, apa sahaja boleh berlaku.

AIRBOURNE: Bernardo Silva takes a flying leap to win back possession

“Kejayaan ke final bukanlah tentang saya. Ia untuk Manchester City. Kami satu kelab yang cuba untuk mencapai tahap baru. Dengan Mancini, dengan Pellegrini mreka telah mencapai tahap tersebut, dan kami sedang mencuba satu tahap lagi.

“Apa yang paling penting buat saya ialah berjaya ke sana, terus berjuang dalam setiap perlawanan dan Ahad ini kami akan menentang Cardiff. Kami ingin layak seterusnya dalam Piala FA dan terus cuba berjuang dalam Liga Perdana Inggeris.”

SOLID: John Stones stretches to intercept

Bos City mengakui yang ia semua adalah untuk keindahan bola sepak, pasukannya akan diukur dengan berapa banyak piala akan dirangkul, meskipun beliau mengakui seronok dengan apa yang dikecapinya kini.

“Saya tahu, kami telah memenangi banyak perlawanan, setiap hujung minggu kami amat gembira, dan semasa sesi-sesi latihan kami semua gembira.

Image result for pep guardiola bristol city 2-3 Man city carabao 

“Apabila kami bersama-sama kami lebih gembira dan itu semua adalah milik kami, tiada siapa yang dapat merampasnya. Tapi sudah tentu, semua pasukan dinilai dengan piala-piala yang mereka menangi.

“Kami akan mencuba. Namun Chelsea dan Arsenal adalah dua pasukan kuat, dan apa sahaja boleh berlaku.”

 

Berita Pasukan Utama

17 Statistik Penting Kevin De Bruyne

Previu Perlawanan

Piala Liga: Selangkah lagi ke Wembley!

Berita Pasukan Utama

De Bruyne tandatangani kontrak baru lima tahun