quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Mangala dipinjamkan ke Everton

Eliaquim Mangala

Eliaquim Mangala

Pemain pertahanan Manchester City, Eliaquim Mangala telah menyertai Everton untuk pinjaman enam bulan.

Pemain bek tengah asal Perancis ini telah tampil sebanyak 15 kali buat City musim 2017/18 dan akan menghabiskan baki musim ini bersama-sama pasukan kendalian Sam Allardyce.

Image result for eliaquim mangala city 2017/18

Perpindahan pinjaman ini adalah kali kedua buat Mangala sebagai pemain City selepas menghabiskan musim 2016/17 bersama Valencia.

Selepas tampil sebanyak 33 kali buat pasukan La Liga tersebut, beliau kembali ke Stadium Etihad di bawah kendalian Pep Guardiola.

Image result for eliaquim mangala valencia

Secara keseluruhan Mangala tampil sebanyak 79 kali buat City semenjak berpindah dari Porto pada Ogos 2014 semasa era Manuel Pellegrini.

Related image

Penampilan pertamanya untuk City semasa seri 1-1 menentang Chelsea dan kemudiannya bermain sebanyak 31 kali di musim pertamanya bersama Citizens.

Image result for eliaquim mangala city 2017/18

Meskipun musim berikutnya beliau dihadang dengan kecederaan, beliau telah membantu pasukan menjuarai Piala Capital One tahun 2016 dengan tampil di pusingan keempat, suku akhir dan separuh akhir sebelum City menewaskan Liverpool di perlawanan akhir melalui penalti di Wembley.

Image result for eliaquim mangala capital one cup trophy

Setiap kami di Manchester City mengucapkan selamat maju jaya buat Eliaquim di Everton.

Previu Perlawanan

Menghadapi cabaran Baggies

Aguero Fernandinho vs West Brom

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris dengan menerima kunjungan West Bromwich Albion untuk perlawanan ke-25 liga musim ini.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami gembira tandatangani Laporte

Berita Pasukan Utama

Aymeric Laporte: 9 perkara yang anda perlu tahu