quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Ia bukan malam kami

PEP WATCH: The City boss watches on from the bench.

PEP WATCH: The City boss watches on from the bench.

Pep Guardiola mengucapkan tahniah kepada Wigan Athletic atas kemenangan mereka 1-0 ke atas City dan mara ke suku akhir Piala FA.

Bos City turut menegaskan yang beliau tidak menyangkal keputusan pengadil atas layangan kad merah kepada Fabian Delph yang membawa City bermain dengan sepuluh pemain sepanjang 45 minit kedua.

Namun Pep yang jelas kecewa atas kekalahan mengakui ia bukanlah malam pasukannya dan kini mengarah para pemainnya menumpukan pada perlawanan akhir Piala Carabao menentang Arsenal Ahad ini di Wembley.

“Tahniah untuk Wigan,” ujar Pep

“Mereka telah jaringkan satu gol dari satu percubaan menepati sasaran berikutan satu kesilapan kami.

Image result for will grigg v man city

“Kami telah cipta banyak peluang baik tetapi dalam perlawanan sebegini, kadang-kadang anda tidak dapat jaringkan walaupun satu gol.

“Ia merupakan perlawanan terakhir buat kami (dalam Piala FA). Saya menilai para pemain saya berdasarkan tekad mereka dan tekad mereka kali ini amat bagus.

“Kami terkeluar dari Piala FA. Kini kami perlu berehat untuk perlawanan akhir (Carabao Cup) Ahad ini.”

Image result for delph wigan

Berkenaan Delph yang diarah keluar padang, bos menambah: “Ia boleh berlaku dalam perlawanan-perlawanan sebegini dengan reaksi para penyokong. Mereka boleh menghukum anda. Ia adalah kad merah.”

Previu Perlawanan

Misi mengubat luka lama

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik EPL Januari

Berita Pasukan Utama

Pep khabarkan berita baik kembalinya Gabriel Jesus