quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep khabarkan berita baik kembalinya Gabriel Jesus

FA CUP FOCUS: Pep Guardiola addresses the media ahead of Cardiff City.

FA CUP FOCUS: Pep Guardiola addresses the media ahead of Cardiff City.

Pep Guardiola mendedahkan yang Gabriel Jesus akan kembali menyertai pasukan berlatih menjelang kunjungan ke DW Stadium bertemu Wigan Athletic di pusingan kelima Piala FA.

Penyerang Brazil itu mengalami kecederaan ligamen lutut dalam hasil seri tanpa jaringan dengan Crystal Palace pada ambang Tahun Baru lalu dan akan kembali berlatih pada petang Jumaat.

Image result for gabriel jesus v palace injury

Perlawanan menentang Wigan disifatkan terlalu awal buat Gabriel namun ia berita menggembirakan dengan beliau akan kembali beraksi semula.

Bercakap semasa sidang media di CFA tengahari Jumaat, Guardiola memaklumkan kepada para wartawan: “Gabriel Jesus akan kembali berlatih petang ini. Ia satu berita baik.

“Saya tidak tahu bila dia akan bersedia untuk bermain, langkah pertamanya ialah dia sudah berlatih satu dua sesi secara perseorangan, namun hari ini dia akan kembali menyertai pasukan berlatih bersama-sama.”

Ketika ditanya sama ada beliau akan menggilirkan skuad dengan kunjungan ke Stadium DW menjelang perlawanan akhir Piala Carabao di Wembley Ahad depan, Guardiola menambah: “ Ia bergantung apa berlaku di antara perlawanan-perlawanan tersebut.

“Antara perlawanan di Basel dan Wigan, anda ada enam hari rehat, dan perlawanan seterusnya juga lima hingga enam hari.

“Mereka boleh pulih. Apabila perlawanan senggang tiga hari, anda perlu lihat keadaan pemain.

“Para pemain kini merasa cukup bagus, jadi sama-sama kita lihat nanti. Kami akan menjalani tiga sesi latihan sebelum bermain melawan Wigan tapi akan tentukan siapa yang akan diturunkan pada hari perlawanan nanti.”

* Perlawanan pusingan kelima Piala FA , Manchester City menentang Wigan Athletic akan berlangsung di Stadium DW pada hari Isnin, 19 Februari jam 7.55 malam waktu UK bersamaan pukul 3.55 pagi Selasa waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Guardiola sanjung ‘keluarbiasaan’ Gundogan

Galeri Foto

Misi pertama UCL sukses di Basel!

Laporan Perlawanan

City selangkah ke suku akhir UCL tundukkan Basel