quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami sasar lebih bagus dalam UCL kali ini

Pep Guardiola press pre vs  FC Basel UCL

Pep Guardiola press pre vs FC Basel UCL

Pep Guardiola mengakui yang beliau turut terkejut dengan kecepatan proses pemulihan Leroy Sane dari kecederaan buku lalinya menjelang pertemuan dengan FC Basel.

Pemain sayap Jerman itu menyertai rombongan skuad terbang ke Switzerland untuk perlawanan pertama peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah meskipun terkoyak ligamen buku lali hanya dua minggu lalu dalam kemenangan di Cardiff.

Guardiola memuji usaha keras Sane sepanjang proses pemulihan dimana beliau percaya ia telah mengurangkan tempoh kecederaannya.

“Dia bekerja keras. Dia mudah tapi saya tidak dapat menjangka yang beliau begitu profesional.

“Dia bersama kami di sini dan ia satu berita bagus. Pakara fisio dan dirinya sendiri telah melakukan tugasan yang bagus.”

Sementara itu, dengan ramai mengspekulasi prestasi cemerlang City di England akan turut membawa kejayaan sama di Eropah, Pep menegaskan yang pasukannya perlu melakukan lebih bagus dari musim lalu dan percaya pasukannya harus mengambil peluang mereka bila ia hadir jika mereka ingin berjaya.

“Saya tidak tahu jika kami bersedia untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah,” ujarnya.

“Saya amat yakin dengan para pemain saya. Sasaran kami ialah lakukan lebih bagus berbanding musim lalu, suku akhir dan selepas itu kita akan lihat.

“Kejuaraan ini amat istimewa dari pengalaman saya.

“Pasukan-pasukan yang bersaing begitu klinikal dan anda juga perlu sama.

“Bagaimana anda mengawal detik-detik tidak baik. Jika anda melakukannya anda berpeluang cerah untuk mara seterusnya.

“Kami akan cuba lakukan perkara sama.”

Aguero v Basel

* Perlawanan pertama peringkat 16 akhir Manchester City menentang FC Basel akan berlangsung di St. Jakob-Park pada hari Selasa, 13 Februari jam 7.45 malam UK bersamaan pukul 3.45 pagi Rabu waktu Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 810/831 HD.

 

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Tugasan berat masih banyak di hadapan

Laporan Perlawanan

Empat gol Aguero benamkan Leicester di Etihad

Previu Perlawanan

Menghadapi tamu sang musang

Man City vs Leicester City

Manchester City menyasarkan kembali di laluan kemenangan dalam menerima kunjungan Leicester City di Stadium Etihad.