quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aguero Pemain Terbaik EPL Januari

TOP TREBLE: A delighted Sergio Aguero, having hit a hat-trick against Newcastle

TOP TREBLE: A delighted Sergio Aguero, having hit a hat-trick against Newcastle

Sergio Aguero memenangi anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris untuk bulan Januari.

Penyerang Manchester City itu telah menjaringkan lima gol, jumlah paling banyak berbanding para pemain lain dalam Liga Perdana sepanjang bulan lalu, termasuk hatrik sempurna dalam kemenangan ke atas Newcastle United. Jumlah keseluruhan golnya pada purata satu gol setiap 72 minit.

Image result for aguero v newcastle

Aguero telah menewaskan lima calon lagi termasuk rakan sepasukan Kevin De Bruyne, Chrian Eriksen dan Jan Vertingen (Spurs), Eden Hazard (Chelsea) dan Callum Wilson (Bournemouth)

Ia merupakan satu lagi musim istimewa buat Aguero yang kini hanya kurang dua gol untuk menggenapkan ke angka 200 buat kelab.

Beliau telah menjaringkan 29 gol di kesemua kejohanan musim ini dengan 21 darinya dalam Liga Perdana.

Image result for aguero v newcastle

Semenjak awal tahun baru 2018, beliau telah menghasilkan 14 gol dalam 11 perlawanan, jumlah terbanyak berbanding mana-mana pemain dalam lima liga utama Eropah.

Sementara untuk anugerah Pengurus Terbaik pula dimenangi oleh bos Bournemouth Eddie Howe yang turut menewaskan bos City Pep Guardiola yang telah memenangi anugerah buat empat bulan berturut-turut (September, Oktober, November, Disember).

Tahniah Sergio atas satu lagi anugerah yang selayaknya!

Berita Pasukan Utama

Guardiola sanjung ‘keluarbiasaan’ Gundogan

Galeri Foto

Misi pertama UCL sukses di Basel!

Laporan Perlawanan

City selangkah ke suku akhir UCL tundukkan Basel