quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City mendapat tiga pencalonan anugerah EPL Januari

Pep Guardiola Sergio Aguero and Kevin De Bruyne nominated

Pep Guardiola Sergio Aguero and Kevin De Bruyne nominated

Manchester City menerima tiga pencalonan untuk anugerah Liga Perdana Inggeris bagi bulan Januari.

Pep Guardiola sekali lagi dicalonkan untuk anugerah Pengurus Terbaik selepas pasukannya menang tiga (Watford, Newcastle, West Brom) dan kalah satu (Liverpool) dari empat perlawanan bulan lalu.

Image result for pep and aguero 2018

Ia menyaksikan City kekal di puncak carta dengan jarak 13 mata dari pencabar terdekat, Manchester United.

Guardiola telah memenangi anugerah Pengurus Terbaik Liga Perdana Barclays sebanyak empat kali berturut-turut (September, Oktober, November dan Disember) dan kini berkemungkinan akan merangkulnya buat kali kelima berturutan.

Beliau menghadapi saingan dari Carlos Carvalhal (Swansea), Eddie Howe (Bournemouth), Jurgen Klopp (Liverpool), Jose Mourinho (Manchester United), David Moyes (West Ham) dan Mauricio Pochettino (Tottenham Hotspur).

Sementara itu , Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne tersenarai dari enam calon untuk merebut anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Januari, EA Sports.

Aguero telah menjaringkan lima gol sepanjang bulan lalu, jumlah terbanyak oleh mana-mana pemain liga, termasuk jaringan hatrik sempurna semasa melawan Newcastle. Purata kesemua golnya pada kadar satu gol setiap 72 minit.

Image result for pep and aguero 2018

Manakala De Bruyne pula terus menyerlah dengan terlibat dalam tiga gol (satu jaringan dan dua bantuan). Beliau turut dinamakan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam kemenangan 3-0 ke atas West Brom.

Related image

Mereka berdua menghadapi saingan dari Christian Eriksen dan Jan Vertingen (Spurs), Eden Hazard (Chelsea) dan Callum Wilson (Bournemouth).

Undian dibuka sekarang! Untuk maklumat lanjut dan untuk mengundi sila kunjungi pautan ini.

Berita Pasukan Utama

Undi Pemain Terbaik Etihad Januari!

Berita Pasukan Utama

Pep bangga dengan pasukannya walau seri di Burnley

Laporan Perlawanan

City diikat seri Burnley di Turf Moor

​ROCKET: City celebrate Danilo's stunning opener.

Manchester City terlepas peluang untuk menambah jurang kepada 18 mata di puncak Liga Perdana Inggeris selepas diikat seri 1-1 dengan Burnley di Turf Moor, hari Sabtu.