quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep bangga dengan pasukannya walau seri di Burnley

CHILLY: Pep wraps up at a cold Turf Moor.

CHILLY: Pep wraps up at a cold Turf Moor.

Pep Guardiola tetap memuji pasukannya selepas Manchester City seri 1-1 dengan Burnley di Turf Moor.

Danilo membawa City mendahului di babak pertama dengan tendangan cantiknya melepasi sudut atas gawang Nick Pope, namun Johan Berg Gudmundsson menyamakan kedudukan lapan minit sebelum wisel penamat.

Bos City menyifatkan permainan dengan mencipta peluang sebagai ‘cemerlang’ dan percaya para pemainnya telah bermain ‘hampir sempurna’ untuk tempoh yang lama sepanjang permainan.

“Namun secara keseluruhannya, ia satu permainan yang cemerlang. Kami gembira atas persembahan permainan kali ini.

“Ia hampir sempurna dengan cara kami telah bermain hari ini dalam pembinaan mencipta peluang-peluang, mempertahankan ‘bola panjang’ dan ‘bola kedua’, semangat ditunjukkan untuk bermain.

“Tapi kami terlepas beberapa peluang jelas untuk menjaringkan lebih banyak gol.”

Selepas City mendahului 1-0, Raheem Sterling telah terlepas peluang keemasan untuk menambah gol kedua, begitu juga percubaan jarak jauhnya melambung tinggi melepasi palang.

Ia seakan detik penting dalam perlawanan namun Pep dengan cepat menyangkalnya dan mengatakan Sterling telah banyak menjaringkan gol-golpenting sepanjang musim ini termasuk gol lewat perlawanan menentang Bournemouth, Everton, Huddersfield dan Southampton.

Bos City turut percaya yang Sterling akan kembali menyengat dan terus memberi kesan positif pada pasukan.

“Bola sepak adalah bola sepak, dalam perlawanan seterusnya dia boleh jaringkan gol, ingat dia telah jaringkan gol ketika menentang Southampton pada minit ke-96, dalam bola sepak perkara sebegini boleh berlaku.

“Kami akan fokus pada perlawanan seterusnya, dalam 10 minit akhir, kami tidak berupaya untuk menukarkan peluang kepada gol tapi kami akan belajar dari permainan kami.

“Kami keciciran dua mata tapi kami datang ke sini untuk bermain.

“Kami telah melakukan proses pembinaan mencipta peluang dengan hebat, kami telah bermain dari dalam dan luar petak penalti dan di sini di Burnley, ia amat rumit. Tapi saya gembira dengan cara kami telah bermain, terutama selepas melawan West Brom.”

Previu Perlawanan

Menghadapi tentangan Clarets

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Burnley satu laman mencabar dikunjungi

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City untuk UCL 16 akhir