quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami ingin berjaya dalam empat kejuaraan

Pep  Leicester 2

Pep Leicester 2

Pep Guardiola berkata yang beliau akan terus berhati-hati mengurus skuadnya dalam Manchester City menyahut cabaran untuk berjaya di kesemua empat kejuaraan.

Perlawanan Liga Perdana Inggeris di laman sendiri melawan Leicester Sabtu ini akan diikuti kunjungan ke Switzerland menentang FC Basel untuk perlawanan pertama peringkat 16 Liga Juara-Juara Eropah hari Selasa.

City kemudian akan meneruskan cabaran Piala FA dengan bertandang di Wigan untuk pusingan kelima pada hari Isnin sebelum menutup bulan Februari dengan perlawanan akhir Piala Carabao melawan Arsenal di Wembley.

Ia merupakan jadual perlawanan yang mencabar namun bos berkata yang tiada perubahan cara beliau mengendalikan skuadnya.

“Terdapat empat kejuaraan berbeza untuk dimainkan bulan ini, Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Carabao – tapi kami akan mengurus sama caranya sebagaimana dilakukan sehingga kini, dengan memikirkan perlawanan demi perlawanan.

“Buat masa sekarang kami akan melawan Leicester (hari Sabtu), tiga hari kemudian Liga Juara-Juara, kemudian lima hari selepas itu (Piala FA pusingan kelima di Wigan) dan lima hari kemudian final (Carabao Cup lawan Arsenal).

“Kami akan lihat hari demi hari bagaimana para pemain rasai. Sebahagian mereka tidak cergas, sebahagian lagi akan kembali beraksi dari kecederaan.

“Musim ini kami telah lakukannya dengan cara tersebut dan kami akan teruskan cara yang sama.”

Berikutan keputusan seri 1-1 di Burnley minggu lalu, Pep telah memberi cuti kepada seluruh pasukan dan para pegawainya selama tiga hari sebelum kembali bertugas.

Sepanjang sekurang-kurangnya tiga bulan musim ini, City masih berjuang dalam keempat-empat kejuaraan dan Pep percaya peluang untuk bercuti pendek pada peringkat ini dapat membuktikan ia berharga.

Ketika ditanya jika rehat itu penting, Pep berkata: “Kita akan lihat nanti. Jika kami menang, bagus, jika kalah, tidak.

“Kami perlu bermain begitu banyak perlawanan semenjak bulan Ogos, dengan hanya sekali bercuti semasa pertengahan minggu, jadi kami memerlukannya. Kami telah berlatih dengan bagus tiga sesi dan kemudian kembali bermain.

“Kami cintakan untuk bermain bola tapi jika anda bermain setiap tiga hari dalam tiga atau empat kejohanan, kadang-kadang rehat itu bagus untuk setiap orang kerana anda kembali lebih bertenaga.

“Setiap orang telah bercuti. Pakar fisio, tukang masak… setiap orang.”

Guardiola turut mengkhabarkan yang David Silva, Gabriel Jesus dan Leroy Sane masih tidak dapat beraksi melawan Leicester, namun John Stones sudah pulih sepenuhnya.

" Keadaan Leroy Sane bertambah baik tapi saya tidak rasa dia akan dapat kembali bermain untuk Liga Juara-Juara. Dia hanya berlari semasa sesi latihan.

"Saya suka untuk merehatkan Sergio Aguero namun dia hanya satu-satunya penyerang yang kami ada. Dia berusaha keras dan bermain dengan bagus. Tapi Gabriel Jesus akan kembali beraksi tak lama lagi, mungkin dalam masa 10 hari, dua minggu."

* Perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 10 Februari jam 5.30 petang UK bersamaan pukul 1.30 pagi Ahad waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 817/834 HD.

Berita Pasukan Utama

City mendapat tiga pencalonan anugerah EPL Januari

Berita Pasukan Utama

Undi Pemain Terbaik Etihad Januari!

Berita Pasukan Utama

Pep bangga dengan pasukannya walau seri di Burnley