quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Burnley satu laman mencabar dikunjungi

PREVIEW: Pep Guardiola addresses the media ahead of Burnley.

PREVIEW: Pep Guardiola addresses the media ahead of Burnley.

Pep Guardiola mengesahkan yang David Silva akan menjalani tahap kecergasan dalam sesi latihan terakhir menjelang kunjungan ke Burnley hari Sabtu.

Pemain tengah City itu terpaksa menamatkan perlawanan awla di separuh masa pertama dalam kemenangan 3-0 ke atas West Brom pada hari Rabu berikutan kesakitan dilamai di bahagian pinggul selepas terkena tendangan.

Beliau terlepas sesi latihan pada hari Khamis namun Pep Guardiola mengatakan pihak doktor kelab akan memutuskan lewat hari ini tentang penglibatannya di Turf Moor.

“Dia mengalami kesakitan di bahagian pinggul. Kami akan melihatnya hari ini bagaimana keadaannya.”

Guardiola turut menyampaikan berita positif tentang perkembangan terkini Benjamin Mendy yang sedang dalam proses pemulihan dari pembedahan lutut.

Pemain pertahanan Perancis itu mengalami kecederaan ligamen lutut kanan dalam kemenangan 5-0 ke atas Crystal Palace pada bulan September.

Guardiola berkata proses pemulihannya berjalan lancar dan percaya beliau akan kembali berlatih pada bulan Mac ini.

“Dia bertambah-tambah baik,” ujar Guardiola.

Related image

“Hari ini dia di New York, saya rasa dalam masa dua bulan, mungkin Mac, dia akan dapat mula berlatih bersama-sama kami.”

Menyentuh pemain muda yang dipindahkan dari New York City, Jack Harrison, 21 yang dipinjamkan serta merta ke MIddlesborough, Pep menjelaskan: "Jack akan dipinjamkan serta merta dan kami akan lihat situasinya akhir musim ini.

Related image

"Semasa pramusim nanti ramai para pemain kami akan berada di Piala Dunia di Rusia dan selepas itu kami akan putuskan. Saya tidak tahu buat masa sekarang siapa akan sertai kami dalam sesi jelajah di Amerika Syarikat."

Ketika ditanya tentang reaksinya apabila ramai mengatakan saingan Liga Perdana Inggeris sudah berakhir termasuk bos Man United, Jose Mourinho, Pep menjelaskan: Masih ada 13 perlawanan dan 3 mata untuk dimainkan, ya kami 15 mata di hadapan, tapi ia masih belum berakhir.

Image result for pep guardiola jose 2018

"Kami perlu menghadapi banyak perlawanan sukar. Kami tidak boleh nafikan dan semua orang tahu betapa mencabaranya bermai di Burnley. Kami juga masih perlu hadapi Arsenal, Man United, Tottenham dan Chelsea.

*Perlawanan menentang Burnley and berlangsung di Turf Moor hari Sabtu, 3 Februari jam 12.30 tengahari bersamaan pukul 8.30 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Galeri Foto

Aymeric Laporte: Hari Pertama

Berita Pasukan Utama

Guardiola tabik atas permainan City yang mantap

Laporan Perlawanan

City tambah jurang di puncak kalahkan West Brom