quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami akan cuba juarai Carabao Cup!

Pep Presser Carabao Cup Final

Pep Presser Carabao Cup Final

Gabriel Jesus dalam pemilihan skuad untuk perlawanan akhir Carabao Cup menentang Arsenal Ahad ini di Wembley.

Penyerang Brazil itu tidak beraksi semenjak awal Tahun Baru selepas mengalami kecedederaan ligament lutut semasa seri tanpa jaringan dengan Crystal Palace namun telah kembali berlatih bersama pasukan awal minggu ini.

Image result for gabriel injury palace

Pep Guardiola berkata yang beliau akan meninjau keadaan Gabriel hari Sabtu ini sebelum memutuskan sama ada beliau akan terlibat tapi percaya kembalinya penyerang berusia 20 tahun itu memberi perangsang buat City di sepertiga akhir musim ini.

“Kami akan lihat esok (Sabtu) sama ada Jesus cukup cergas, beliau telah melalui tiga sesi latihan dan setiap hari keadaannya bertambah baik.

“Kembalinya jesus amat penting. Bila ramai mengatakan kam boleh merangkul empat kejuaraan, anda perlu memberi segalanya.

Image result for kompany 2018

“Dan bila anda tiada empat pemain pertahanan, ia lebih sukar. Bila anda bermain setiap tiga hari, ia amat susah. Vincent Kompany turut cedera banyak kali. Fabian Delph turut telah cedera.

“Bila anda bermain satu kali seminggu, anda boleh mengatasi tersebut tanpa sebarang masalah.

Image result for aguero celebrate 2018

“Sergio Aguero telah membantu kami dengan luar biasa sepanjang tempoh ketiadaan Gabriel, tapi dia perlukan kesegaran dan oleh sebab itu ia amat penting Gabriel kembali beraksi. Ia sungguh penting.”

Sementara itu, Guardiola turut mengkhabarkan yang Raheem Sterling masih diragui dapat beraksi selepas mengalami kecederaan otot dalam kemenangan ke atas Basel.

Image result for sterling vs basel

Pemain sayap England itu terlepas bermain dalam kekalahan kepada Wigan dan dijangkakan masih tidak cergas.

Fabian Delph digantung permainan akibat kad merah menentang Latics, manakala Benjamin Mendy yang mengalami keederaan jangka panjang kekal direhatkan.

“Raheem mengalami masalah otot sejak pertemuan dengan Basel.

“Kini, saya tidak tahu, jika dia akan cergas untuk hari Ahad ini.

Image result for delph red card

“Kami mempunyai satu lagi pilihan dengan ketiadaan Delph. Kami akan putuskan yang terbaik untuk perlawanan nanti, dengan mengetahui pasukan kami dan juga pasukan lawan.

“Fabian tidak boleh bermain, jadi kami perlukan pilihan lain.

Menyentuh pilihan penjaga gawang di perlawanan akhir dan peluang Pep merangkul piala pertamanya di England bos City menambah: "Jika tidak kerana Claudia Bravo, kami tidak sampai ke peringkat akhir Carabao Cup. Dia berhak bermain di final nanti. Keharmonian bilik persalinan pakaian lebih penting. Tanpanya, kami tidak berada di sini (final).

"Ahad ini kami akan bermain di final pertama, kami mahu menkimatinya. Kami akan cuba menjuarainya. Ia bukan untuk diri saya, ia untuk kelab. Kami ke sini untuk rangkul piala-piala. Kami masih terlibat dalam tiga kejuaraan. Langkah pertama untuk mencapainya adalah ke final dan kami telah dapat lakukannya."

* Perlawanan akhir Carabao Cup antara Manchester City dengan Arsenal akan berlangsung di Wembley pada hari Ahad, 25 Februari jam 4.30 petang UK bersamaan pukul 12.30 pagi Isnin waktu tempatan Malaysia. Tiada siaran langsung di Astro kerana tiada hak penyiaran.

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva kian penting buat City

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva kian penting buat City

Galeri Foto

Galeri kenangan City di final Piala Liga lalu