quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Liga Perdana Inggeris keutamaan kami

Pep vs Arsenal EPL

Pep vs Arsenal EPL

Raheem Sterling hampir kembali beraksi namun belum cukup cergas untuk menghadapi Arsenal di Stadium Emirates malam Jumaat dalam Liga Perdana Inggeris.

Pep Guardiola berkata keadaan pemain sayap England itu bertambah baik tapi menjelaskan yang beliau perlu menunggu sedikit masa lagi sebelum kembali membantu pasukan.

Image result for pep guardiola raheem sterling

Fernandinho walau bagaimanapun terpaksa direhatkan berikutan mengalami kekejangan hamstring semasa kemenangan ke atas Gunners dalam perlawanan akhir Carabao Cup di Wembley Ahad lalu.

“Raheem bertambah baik, saya tidak tahu dia dapat bermain esok (Khamis) tapi diharap semasa lawan Chelsea atau Basel (dia akan bersedia).

Image result for fernandinho injury

“Fernandinho esok direhatkan.”

City memerlukan hanya enam kemenangan lagi untuk dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris selepas memenangi 23 dari 27 perlawanan sehingga kini musim ini.

Citizens kini menduduki di puncak dengan jurang 13 mata dengan satu perlawanan di tangan mendahului kelab jiran, Manchester United di tempat kedua.

Image result for pep carabao cup final

Guardiola meletakkan sasaran menjuarai Liga Perdana sebagai senarai teratasnya dan percaya kesukaran City dalam enam perlawanan akan datang bermakna ia tidak boleh dipandang mudah.

“Kami berjuang untuk kejuaraan paling penting musim ini, Liga Perdana Inggeris, lebih dari Liga Juara-Juara Eropah, Piala FA dan Piala Liga (Carabao Cup).

“Kami harus fokus. Enam perlawanan seterusnya amat mencabar dari segi kualiti pasukan-pasukan lawan. Empat darinya di tempat lawan.

“Kami hanya memikirkan tentang Arsenal, Chelsea, Tottenham, Manchester United dan perlawanan di laman lawan, Stoke yang sedang bertarung mengelak dari disingkirkan. Kami juga perlu berkunjung ke Goodison Park yang mana sentiasa mencabar.

“Kami perlu mengharungi perlawanan-perlawanan sukar untuk bermain dan mesti fokus.

“Dalam sukan anda lupa apa yang anda telah lakukan – baik atau buruk – dan fokus pada yang seterusnya. Kami memikirkan tentang perlawanan esok (Khamis) dan pada akhir musim nanti kami akan memikirkan tentang keseluruhan musim.”

* Perlawanan Liga Perdana Inggeris, Manchester City menentang Arsenal akan berlangsung di Stadium Emirates pada hari Khamis,1  Mac jam 7.45 malam UK bersamaan pukul 3.45 pagi Jumaat waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Galeri Foto

City menjuarai Piala Liga dengan bergaya

Berita Pasukan Utama

Pep: Piala ini bukan untuk saya tapi untuk City

Laporan Perlawanan

Piala Liga 2018 milik City!

SCENES: Elation at Wembley!

Manchester City menjuarai Piala Liga kelima kelab selepas menundukkan Arsenal 3-0 di perlawanan akhir Carabao Cup di Wembley petang Ahad.